Oh, sejak menginjak usia 20 tahun ni..aku dah ada feel jadi perempuan sejati. Bukan la maksudnya selama ni aku bernafsu songsang..simpang malaikat 44 okay! Aku cuma seorang perempuan yang kurang sifat feminin. Kalau tak salah aku masa kecik-kecik dulu aku lemah lembut..*sepupu aku kata..hehe. Tapi tu dulu la. Lepas selalu dibuli aku malas dah nak jadi budak lemah lembut yang sopan. Terus rebel jadi ganas..haha.
Anyway, aku sebenarnya nak cerita apa yang aku belajar lately. Aku belajar macam mana nak make up. Sila tepuk tangan ramai-ramai..haha. Dan tok guru aku tak lain tak bukan sepupu aku si Imah. Oh, sorry takdak gambar nak upload. Gambar yang ada semua oldskool. Dia punya make up nampak natural. Tapi aku tak dapat la nak buat semua step yang dia apply. Aku belajar sikit je.
Wednesday, August 24, 2011
Thursday, August 18, 2011
La Tahzan...
Jangan bersedih! Itu je yang ada dalam fikiran aku bila ada seorang sahabat aku yang cerita masalah dia tadi. Jujurnya aku pun pernah rasa perasaan yang sama cuma tak terluahkan pada sesiapa. Seingat aku, hanya pada-Nya aku pernah mengadu pasal benda ni. Tapi kalau diluahkan lebih baik sebab bila pendam sesuatu lama-lama memang makan dalam la.
Dia cerita pasal parents dia yang pilih kasih. Aku tak pernah rasa macam tu cuma kadang-kadang rasa sentap bila dibanding-bandingkan. Hal ni mungkin nampak remeh tapi bagi kesan besar pada psikologi seseorang tu. Aku kesian dengan dia dari kecik lagi dah rasa macam tu. Rasa tersisih. Tak dapat nak bayangkan macam mana dia lalui zaman sekolah sampai la sekarang ni.
Patut la aku tengok dia rajin sangat study. Dia sedih bila result tak capai target yang dia nak masa first sem dulu. Tapi kat hujung-hujung sem dia dapat result yang sangat-sangat cemerlang cuma sayangnya takdak orang yang nak kongsi kegembiraan tu dengan dia. Sedih bila kita tak dapat nak kongsi kebahagiaan kita dengan orang lain. Sedih bila orang ignore-kan kita. Macam kita tak wujud.
Tuesday, August 16, 2011
L.O.V.E
Bitterness imprisons life; love releases it.
Bitterness paralyzes life; love empowers it.
Bitterness sours life; love sweetens it.
Bitterness sickens life; love heals it.
Love, Mira.
Sunday, August 14, 2011
Sapa Cakap? Pepandai Kau Je.
Oh, semalam aku dapat idea nak tulis entri ni tapi sebab kemalasan melampau aku tulis la hari ni. Aku sebagai insan yang suka membaca rajin la jalan-jalan usha blog. Aku jenis yang suka baca blog orang yang sempoi dan tak terlalu skema. Kalau baca yang jenis kelakar+sarkastik adalah satu bonus. Aku suka baca pandangan yang straight to the point tanpa ada ayat cover. Biar la pedas sikit tapi maksud blogger tu sampai.
Melihatkan pada tajuk entri ni nampak emo gila kan. Ya, aku memang emo kebelakangan ni. Kawan aku pun ada yang tegur tapi aku nak emo jugak. Suka hati lah kan. Sapa makan cili dia terasa kepedasan kan?! Haha..Okay, ceritanya macam ni. Aku meng-usha blog kawan-kawan aku dengan riang ria. Ntah macam mana aku terasa nak buka satu blog ni. Aku pun klik je lah. Dah bosan kan..seronok jugak stalk orang sesekali. Aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku. *rasanya. Tapi aku kawan la dengan someone dalam hidup dia ni.
Jadi aku pun baca la entri dia yang agak boleh tahan la. Not bad. Banyak la jugak ilmu dapat. Aku pun dapat la belajar something dari blog dia. Kebanyakan pasal agama la. Pasal love life..family..study pun ada. Ya, aku harus akui bagus dia masukkan unsur agama dalam blog dia. Ilmu tu dapat disebarkan. Pahala tuh.
Tapi...
Tapi....
Aku macam bengang. Eh, bukan..SANGAT bengang sebab dia buat statement maut lebih kurang macam ni.
Monday, August 8, 2011
Jauh La..
Wherever you go,
Whatever you do,
I will be right here waiting for you,
Whatever it takes or how my heart breaks,
I will be right here ... waiting for you...
Love, Mira.
Saturday, August 6, 2011
Kenangan Tak Berapa Manis.
Hari ni aku bersemangat nak tulis entri lagi. Kali ni pasal zaman sekolah aku. Sebelum tu harus diketahui aku ada banyak sekolah. Bila aku kata banyak maknanya lebih dari tiga. Kalau tak salah ada la dalam tujuh buah sekolah aku pernah belajar dari sekolah rendah sampai la habis spm.
Tapi hari ni aku nak cerita pengalaman masa kat mrsm pendang sebab hidup aku start jadi hebat kucar-kacir bila masuk sini. Ya, orang lain mampu berbangga kalau masuk boarding school tak kesah la mrsm mahupun sbp tapi tidak pada aku. Aku salah percaturan lalu masa depan sudah terjejas.*tetiba emo..haha.
Okay aku bukan nak cerita ke-loser-an aku sebab yang tu perlu masa untuk ditulis. Panjang yang amat kot kalau nak postkan. Aku nak cerita pasal rakan-rakan yang aku kenal disitu. Kebanyakan nama tak akan disebut sebab malas.
Subscribe to:
Posts (Atom)

