Saturday, August 6, 2011

Kenangan Tak Berapa Manis.

Hari ni aku bersemangat nak tulis entri lagi. Kali ni pasal zaman sekolah aku. Sebelum tu harus diketahui aku ada banyak sekolah. Bila aku kata banyak maknanya lebih dari tiga. Kalau tak salah ada la dalam tujuh buah sekolah aku pernah belajar dari sekolah rendah sampai la habis spm.

Tapi hari ni aku nak cerita pengalaman masa kat mrsm pendang sebab hidup aku start jadi hebat kucar-kacir bila masuk sini. Ya, orang lain mampu berbangga kalau masuk boarding school tak kesah la mrsm mahupun sbp tapi tidak pada aku. Aku salah percaturan lalu masa depan sudah terjejas.*tetiba emo..haha.

Okay aku bukan nak cerita ke-loser-an aku sebab yang tu perlu masa untuk ditulis. Panjang yang amat kot kalau nak postkan. Aku nak cerita pasal rakan-rakan yang aku kenal disitu. Kebanyakan nama tak akan disebut sebab malas.

Friday, August 5, 2011

Mari Berkenalan..

Entri kali ni adalah yang pertama dalam bulan puasa. Sepanjang puasa ni aku memang amat malas nak buat apa-apa. Selalunya main game, tengok spongebob, gelak-gelak tengok family outing. Maka, mereka hari-hari bebel tapi aku buat muka innocent saja..haha. Semua gara-gara baju raya aku yang tak siap-siap lagi. Mereka takut aku tak berbaju raya. Ni semua gara-gara nak buat tema baju raya sama. Kan dah kena beli kain lagi..kan aku kena buat baju raya lagi..aiseh. Jadi sekarang aku sedang bertekun nak menjahit. Doakan baju aku jadi ya. Kalau tak raya tahun ni aku tak pegi mana-mana..tido diam-diam kat rumah sudah.

Oh, sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal bestfriend aku sejak dari mula masuk matrik. Walaupun kami baru je berkawan(dua tahun kira baru ke?) tapi kami sangat rapat. Semuanya bermula bila kami dapat satu bilik..T4.24. Lisa dengan faiqah kenal lebih awal..mereka pst. Aku dan Najwa pdt..jadi kami masuk lambat sebulan rasanya. Aku rasa yang merapatkan kami semua adalah perangai aneh yang dimiliki sejak azali lagi.

#1: Nur Lisa Zaharin
Paling aneh dan kadangkala selalunya sengal gara-gara selalu blurr dan ketinggalan. Mungkin kerana pengaruh si blur Seha tu..adeh.

meet the Dramaqueen

#2: Faiqah Mohamad
Selalu mereka cerita tak logik seperti..bagaimana mahu kawin dengan anak sultan mahupun raja. Selalu anggap diri sendiri tak aneh padahal...

ketua kelab carut


#3: Najwa Shafiqa Shahzalan
Tiada perkataan selain aneh, aneh dan aneh! Paling takleh lupa masa dia mengamuk sampai kerusi jatuh..perghh! Sering bengang kerana orang selalu tak respon bila dia senyum kepada mereka.

weird.selalu overeacted..aish.
                                                                    
 Last but not least....tadaaa..



rasanya ni gambar first kami ambik bersama.

Walaupun mereka aneh tapi tak mengapa..aku ok je sebab aku pun kadangkala aneh jugak. Weh, makan nasik lemak dua bungkus kira aneh ke? Bebel lepas bangun tido aneh ke? Mintak air sunkist tengah malam aneh ke?Okay, sebelum aku mengarut lebih banyak baik aku stop.

p/s:I love you guys just the way you are..

Love, Mira.

Saturday, July 30, 2011

Ku Menunggu..

Aku tengah menunggu..ramadhan. Dalam dua hari lagi kita akan sambut ramadhan. Kalau ikutkan ni kali ke-20 aku bertemu ramadhan tapi lebih kurang 13 tahun aku berpuasa. Tak sangka agak lama kan. Tadi usha status kawan-kawan kat fb..ada someone write this:

wondering when was my last time celebrating full Ramadhan with full of heart.. 

Oh, suddenly aku rasa macam tak full of heart lah selama ni. Tak konsisten. Kadang-kadang malas dan kadang-kadang rajin. Tak boleh salahkan setan sebab dia takda time ni. Semua salah nafsu sendiri!

pegi jauh-jauh!
Aku harap ramadhan kali ni lebih sempurna berbanding sebelum ni. Harap sangat aku akan rajin pegi tarawih. Rajin tolong mak masak untuk sahur. Rajin jahit baju raya. Rajin baca Quran. Rajin serajin-rajinnya..

Okay, tu je lah harapan aku sempena ramadhan kali ni.


p/s: to my beloved friends: Amee, Najwa, Dayah..thanks sebab mention nama saya dlm blog anda semua. Sangat terharu okay! Hehe..

Love, Mira.

Tuesday, July 5, 2011

Oh, Hanya Kau Yang Mampu!!

Kepada: Kau yg pandai dan cantik serta hot..


Aku mewakili kawan-kawan aku saja lah nak cakap yang kami ni dah cukup menyampah dengan blog kau. Tapi kan kau mesti bangga doh sebab jadi topik perbincangan kat fb kitaorang. Kau macam famous lah sebab kitaorang rajin stalk kau tau. Sila rasa bangga sebab tak ramai orang yang kitaorang stalk secara berjemaah dan disertai dengan kutukan. You're the only one, girl!

Aku bagi tiga sebab kami sudi jadi haters kau;

#1:Kau tu obses!

Aku memang pembenci orang yang obses jadi secara automatiknya kau memang aku tak suka ok! Hidup kau hanya untuk bf kesayangan kau..kononnya lah. Semua yang kau buat hanya untuk dia. Dia pun camtu jugak. Korang macam dah ditakdirkan untuk bersama sejak lahir lagi. Takdak apa yang mampu halang korang. Kira macam korang pasangan ter"romantik" di dunia ni! Hebatnya cinta korang kan. Aku kagum lah. Tapikan kalau kata..ni kalau lah kan korang break up nanti tak ke kau rasa kau perlu kawan untuk dengar luahan hati kau tu? Ya, kau rapat dengan mak kau..aku tau tu tapi kau takdak rasa perlukan kawan ke? Aku curious lah dengan kau ni. Kau yang tak perlukan kawan ke kawan yang tak perlukan kau eh? Opss..

oo.."sweet" lah korang!


Monday, July 4, 2011

Tak Faham Aku

 Untuk: Kau

Aku tak faham dengan kau.. serius weh!

Dulu kau bengang..
Dulu kau marah..
Dulu kau menyampah..
Dulu kau kutuk..
Dulu kau ejek bila ada orang yang obses dengan kapel diorang.

Tapi sekarang..
Kau sendiri obses dengan bf kau..
Kau sedar tak?
Kau tak habis-habis cakap pasal bf kau..
Kau sedar tak?

Kau lebihkan bf kau..
Kau sedar tak?
Kau kecikkan hati kawan-kawan kau..
Kau sedar tak?
Kau dah jadi sebahagian dari orang yang pernah kau benci dulu??

Aku diam tak bererti aku tak peduli..
Aku tak kata aku benci bf kau tapi aku pun takda la suka sangat.
Cuma tolonglah jangan over sangat.
Aku taknak biar hati aku kata 'aku harap korang break'..
Aku taknak doa yang buruk-buruk..
Aku harap kau bahagia sebenarnya..apa-apa pun kau kawan aku.
Jadi, tolonglah kurangkan ke-obses-an kau tu..tolong ya..
Sekian.

yeah, i get it..takyah ulang bebanyak kali..


Love, Mira.

Saturday, July 2, 2011

Happy Belated Birthday Awak........!

Semalam 1 Julai,  besday Alny Marlynnni..ex-roomate aku. Aku hampir terlupa, nasib baik terbuka FB semalam baru perasan..hehe. Harap-harap dia akan sentiasa gembira tak kira lah sesusah mana pun dugaan yang datang. Ceh, ayat nak skema je kan..


                                     kenangan setahun bersama..rindunya! *klik utk besarkan gambar                                        

                                                              

si besday girl yang gelong..haha



kami roomates! Oh sayangnya Trisna takda..

Semoga lagi matured setelah masuk 20-an ni. Dan semoga awak menemui kebahagian yang hakiki. Selamat menyertai saya dah Tikah..the 20's club..hehe.

 Love, Mira.