Assalamualaikum.
Setelah selesai post
travelog Sabah day by day kali ni aku nak review tempat penginapan
pulak. Marilah berlaku jujur, bab cari penginapan ni memang buat sakit kepala
sangat-sangat. Sebab nak cari tempat yang ada view cantik, selesa, selamat, cukup
kelengkapan dan pada masa yang sama harga murah. Am bagi panduan, setiap penginapan
harga per day tak boleh lebih RM 250. Sangat mencabar sebab kita 4 pax adult
nak dapat under RM 250 tu agak sukar tapi tak mustahil gais. We made it! Dalam 4
tempat penginapan hanya satu sahaja yang berharga RM 250/night selain daripada tu
alhamdulillah.
Walaupun
rasa jelak baca review selama sebulan, siap ada time aku memang elak dari baca
apa-apa selama seminggu pasal percutian ni sebab mual nak muntah. Tapi bila dah
jumpa deals yang kita nak, hah memang rasa lega dan berjaya sangat. Achievement
unlocked gitu. Dalam post ni aku hanya akan bagi tips dan simple review setiap
tempat penginapan ni. Yang details apa semua tu nanti boleh klik pada setiap
link untuk full review ya.
Bensin Homestay,
Kundasang
Harga: RM 70 + RM 10 (add on 2 selimut) = RM 80/malam