Sunday, October 16, 2016

Such Is Life..

Sesungguhnya stress fikir pasal belajar, pasal keja, pasal duit, pasal hutang dan yang seumpamanya. Penat otak fikir macam mana nak topup sana-sini. Gaji previous job semua habis untuk perbelanjaan masuk belajar balik. Dan kerajaan pada waktu ni banyak cut on education which is softly killing me, yeah! Thank you. Taknak komen banyak, sedih tapi aku kena move on dan fikir benda yang tak menyakitkan hati. No more pembiayaan mybrain but i'll survived this..thanks to mak ayah yang morally and financially support me through this. Nanti kena buat appreciation post lepas semuanya habis. Semoga berjaya dapat GOT. :')

aku, tiap kali buka reading materials ;')

This is hard..
But such is life. 


Assalamualaikum.
M.

Friday, October 7, 2016

MyJourney: Interview Guru Ganti

Assalamualaikum dan hai!

Ok, rentetan daripada entri lepas kita sambung pula kepada interview guru ganti. Kebiasaannya ofis akan call tanya serba sikit kot lah kita dah ada kerja yang stabil kan sebab yeap, lama kot 4 bulan (ini kes aku la hihi). Dari call tu kita set date bila nak interview, pukul berapa, kat mana tu semua nanti akak ofis tu akan bagitau. Biasanya lokasi temuduga di pejabat JPN sendiri.

Jadi, apakah yang kau kena prepare? Sebenarnya standard interview lah, bawak dokumen/sijil asli dalam fail yang transparent tu bukan fail kertas yang lima puluh sen tu k. Fail kertas yang terrbeli tu bolehlah nak letak kerja sekolah anak murid nanti, time tu baru hang guna (kot). 

Part ni bagi aku mencabar lah sebab kali pertama aku ditemuduga dan seorang sahaja, sebelum ni pernah pi temuduga kerja secara berjemaah (takdapat pun). So, scary mery lah. Aku rasa aku blur sebab interview aku jumaat pukul 3.00 petang camtu. Time apa tu? Time aku tido petang yeahh..haha. Masa aku pi temuduga memang aku sorang je takdak sapa pun kecuali orang yang nak berurusan dengan kaunter.

Baik, mari kita teruskan dengan soalan interview :)

Mudah:

Cerita pasal diri sendiri. Hang bagitau nama penuh hang, background pendidikan, pasal keluarga sikit, pasal kucing hang bernama lee minho atau boyfriend hang sweet tahap potong kaki takyah cerita.

Encik tu juga tanya, tahu tak berapa gaji guru ganti? Aku cakap dari cerita orang, untuk degree RM 100/hari. Terus-terang dia kata, gaji sekarang kena cut jadi, hanya akan dibayar RM 54/hari, awak ok ke? Haruslah aku kata ok, duit adalah benda kedua penting sebab aku duduk dengan parents haha. Lagipun aku nak pengalaman of course.

Thursday, October 6, 2016

MyJourney: Permohonan Guru Ganti Perlis

Assalamualaikum.

Seperti yang diperkatakan pada entri lepas, aku nak cerita pasal kerjaya guru ganti ni. So, aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian sebab kalau buat satu entri macam tak puas pulak haha tamak! Masa aku terfikir untuk memohon jawatan ni aku search banyak juga belog, website and such..tetapi tiada details penuh. Jadi, aku akan sedaya upaya melengkapkan kisah aku dalam memohon kerja sebagai guru ganti ni, mudah-mudahan ada manfaat kat orang lain. So, you'll be prepared and confident! Malaysia boleh!! *insert emoticon tangan gagah ada muscle*

Oh, by the way cerita aku berdasarkan pengalaman sendiri di negeri Perlis.


Step 1: Google 

Google lah segala info pasal guru ganti di tempat anda. Aku tinggal di Perlis jadi tiada daerah, tiada istilah PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) eh kejap dekat kelantan panggil PPD juga ke? Kan Kelantan use 'jajahan' instead of 'daerah'? Tetiba curios hmm. Eh, kembali kepada topik asal, google la something macam;

permohonan guru ganti  
pengalaman guru ganti
interview guru ganti
gaji guru ganti (?)