Haha dah 11 hari baru terasa mahu update tahun baru..kurang relevan tapi peduli hapa aku, nak jugak cakap, Selamat Tahun Baru! 2015 boleh dikatakan tahun aku aaaaaa ha apa? Ha, gitu..faham tak apa aku nak sampaikan tu? Hehe sebenarnya nak bagitau ianya tahun aku memalaskan diri dan menggemokkan diri dan memanjakan diri dan cehh..senang cerita, tahun aku blurr, hilang arah dan tak boleh move on. Terasa masih student walaupun dah selesai first degree, payah naa nak move on haishh. Rasanya cukup dah kot memalaskan diri, kena mula serius in whatever i'm doing.
Doakan aku berjaya dalam misi jangka panjang dan misi jangka pendek ya! Misi pendek aku adalah #Misi5km iyaa, mahu berlari 5km dan tak semput macam dugong kurang oksigen. Nak berlari steady ja macam zaman sekolah dulu. Sekarang baru capai 2km tapi fuhh jantung rasa macam gila, jatuh cinta pun tak menggila macam tu jantung aku. Eh boleh pula compare gitu.. ;p Untuk long term, aku nak buat #Misi10km hah nampak semangat cemana..haha. Tapi itu mungkin kena tunggu hujung-hujung tahun baru mampu kot 10km.