Assalamualaikum
Hang pi mana? hang hang pi mana? hang pi mana? *insert rap* nah aku parodikan lagu taufik versi utara.. Sila nyanyikan beramai-ramai sampai hang sendiri hang..LOL. Aku kehilangan perkataan, kehilangan idea untuk menulis. Keringnya idea seperti keringnya baju di ampaian pada musim panas ini. Kering sekering-sekeringnyaa. Hmm sampai dah kot maksud aku, punya nak bagitau ketiadaan idea bernas..haha.
Current update?
Sebulan lebih dah aku menjalani praktikal. Mencuba untuk get along dengan staf yang baik-baik belaka. Aku keja makan ja bila pi keja. Impian kurusku musnah seperti lagu pelamin anganku musnah. Asal mesyuarat ja ajak kami makan, kadang tu tolong akak-akak ofis ni sikit ja tapi depa rajin duk belanja makan itu ini. Moga murah rezeki. :)
Oh ya, kawan baru pun ada. Hmm aku anggap apa aku dapat ni jawapan untuk doa-doa aku. Aku sebenarnya sejak setahun sebelum intern dah start berdoa agar urusan sebelum, semasa dan selepas intern aku ni jadi senang, berjalan lancar dan memudahkan semua pihak. Ingat senang nak try new phase. Macam er er awkward... Dulu masa kelas kalau tetiba rasa malas ambik bas terus balik bilik, la ni malas tak malas duk tercongok la dalam opis tu.
Bahagian tak disukai juga ada tapi haha biarlah rahsia. Hmm mungkin tunggu habis dulu kot baru kita point out masalah pernah dihadapi..haha. Aku bersabar dengan penuh iltizam di hati walaupun aku sangsi apa maksud iltizam tu sebenarnya. Agak sedap aku guna ja bagi nampak macam kencang sikit sembang tu hahaa.
Well selain dari itu, aku tengah mencari kekuatan nak break the ice. Ya ais mana aku nak pecahkan tu..biarlah...dushh *baling tong sampah*. Kalau semua nak biarlah rahsia baik beli diari, tulis, toksah sembang kat sini..lewls. Aku ada hmm banyak ais nak kena pecahkan tapi kena buat jugak sebab hmm nak masuk doplohpat dah. Independent day please ehh be independent please!
Okay, aku ngantuk tahap kennot go anywhere anymore dah ni. Goodnight babe!
M.
bersabar dengan penuh iltizam...amboi, ayat...hahaha
ReplyDeletetime intern ni, memang kena banyak banyak banyak banyak besabar :D
yes..kena sangat bersabar. nang pun all the best, dengarnya sangat sangat mencabar..hee :)
Deletehoho, mira praktikal kat mana tu?
ReplyDeletekat pej. separa govt. kat perlis ni jgk kak emma.. :)
Delete