Sunday, March 29, 2015

4 Perkara Perlu Tahu Sebelum Anda Mula Baking.

Baking a.k.a membakar (?) bukanlah benda yang aku buat dari kecik. Memandangkan emak aku bukan baker memang tak lah dia nak ajar aku bake. Emak aku pesen tak makan manis, junkfood, fastfood dan benda alah lain yang memudaratkan kesihatan. Makanya no dessert served! Eh, kalau kuih melayu tu emak reti la jugak..tapi memandangkan aku tak pernah fully buat sendiri, aku tak share lah resepinya. Cemana aku nak cerita kalau aku sendiri tak pernah buat? Kehkehkeh..alasan.

Okay, merujuk kepada tajuk..aku nak share lah apa yang kita kena tahu sebelum kita mula baking. Aku belajar bake dari buku dan google/blog/facebook ja weh. Sebab tu kadang-kadang jadi secara magiknya dan kadangkala hado..krikk krikk ja hasilnya. Tapi takpa, orang cakap practice makes perfect.

*google*

#1 Kenali bahan yang digunakan.

Oh, mula-mula aku familiarkan diriku yang serba taktahu ni dengan bahan yang biasanya digunakan dalam dunia baking. Contohnya aku taktahu dulu self raising flour tu cemana. Memang aa translate dia tepung naik sendiri..cuma sebab newbie yang noob aku curious la..adakah kalau aku guna tepung jenis lain takkan menjadi resepi itu? Ha, aku memang suka celen (baca:challenge) sebab tu hasilnya macam-macam..haha. Setelah aku bertungkus lumus google sana sini, barulah tahu pakai tepung sauh pun boleh..tambah baking soda dengan baking powder..setel. 

Saturday, March 28, 2015

Hilang.

Sedar tak sedar things changed..people changed. Aku juga berubah. Kadang tu aku tak sedar pun aku berubah..tapi bila throwback tengok gambar lama zaman muda remaja pheww dah berubah aku rupanya. Walau terasa poyo tapi aku nak cakap jugak, aku tak rasa diriku ini gemok pun. Tak pernah rasa gemok walaupun emak ayah dan seluruh ahli keluarga asal jumpa aku gemoklah point pertama nak dicakapnya. Bukan nak cakap assalamualaikum..aku tanya apa khabar ke pe benda..wuwu. Tapi sebagai manusia poyo dan confident level tinggi, aku tak rasa apa-apa.

Lalu ketika aku melihat gambar throwback zaman matrik aku rasa macam eh akukah itu? Lepastu tengok latest pic erm erm apakah kau makan selama ni mira?? Ya, aku gemok. Aku rasa sungguh sado, dulu tulang ja banyak..haha. Tiap kali sedu terjadi, adik aku automatik akan cakap 'fuhh, kak akan besaq (baca:besar) lagi' tahikk jugak la adik yang sorang tu..haha. Mak ayah aku punya teori, baby kalau sedu dia akan besaq lagi, maka mungkin aku masih tergolong dalam kalangan baby lalu teori tersebut terpakai dalam kes ini. T____T

Wednesday, March 11, 2015

Hang Pi Mana?

Assalamualaikum

Hang pi mana? hang hang pi mana? hang pi mana? *insert rap* nah aku parodikan lagu taufik versi utara.. Sila nyanyikan beramai-ramai sampai hang sendiri hang..LOL. Aku kehilangan perkataan, kehilangan idea untuk menulis. Keringnya idea seperti keringnya baju di ampaian pada musim panas ini. Kering sekering-sekeringnyaa. Hmm sampai dah kot maksud aku, punya nak bagitau ketiadaan idea bernas..haha.

Current update?
Sebulan lebih dah aku menjalani praktikal. Mencuba untuk get along dengan staf yang baik-baik belaka. Aku keja makan ja bila pi keja. Impian kurusku musnah seperti lagu pelamin anganku musnah. Asal mesyuarat ja ajak kami makan, kadang tu tolong akak-akak ofis ni sikit ja tapi depa rajin duk belanja makan itu ini. Moga murah rezeki. :)