Assalamualaikum.
Itu hari tengok
program Zikir Hati yang tetamu dia Diana Amir (DA) dengan Ustazah Asni tu.
Topik dia adalah Husnuzon iaitu sangka baik dan Suuzon iaitu sangka buruk.
Sebelum nak memberi
pandangan sendiri aku nak point out apa yang DA ada cakap. DA cakap ada ustaz
dia cakap.. Haa, banyak cakap cakap kan. Ilmu kan memang camtu, yang mana baik
harulah disampaikan. Tak gitu? Hehe..
Katanya mata ni ada
dua jenis, mata madu dengan mata lalat.
Mata madu ni mata
yang selalu nampak kebaikan. Cemana pun keadaan, dia nampak sisi kebaikan dulu.
Dan mata lalat ni asyik nampak yang buruk-buruk ja. Asyik nak fikir yang teruk
a.k.a negative thinking. So, kita pilihlah nak mata kita jenis yang cemana.
Jadi itulah, sedikit
ulasan dari program tu. Dapatlah jugak input sikit buat peringatan. Daripada
duk menghadap drama ja keja aku..hee.
Dalam kehidupan
seharian ni memang banyak yang boleh buat kita sangka buruk lagi-lagi di bulan
puasa ni. Sebagai contoh, bila hang tengok orang keja kontrak duk buat jalan
raya yang duk rehat tepi jalan dan ada tergantung teh ais ikat tepi.
Mungkin ada yang
terdetik kat hati,
‘eleh, keja tak tara mana pun tak puasa..piirah’.
Well, aku nak bagitau
satu ja, kalau hang rasa camtu apa kata try keja kontrak selama satu hari. Aku rasa
sehari pun mampu buat hang kenang untuk seumur hidup.
Jangan sebab kita
keja dalam aircond buat kita rasa macam keadaan orang lain pun sama. Penat keja
dalam aircond dengan penat keja di tengah panas lain wei. Kalau tak percaya
sila cuba.
Menurut pengalaman
sendiri, aku pernah tolong tarah rumput dengan sapu daun-daun berguguran kat
rumah tok aku seluas separuh halaman pun dan rasa nak nangis. Rasa penat dengan
dahaga tu Ya Allah memang perit nak tunggu berbuka. Itu baru keja yang boleh
kata ringan ja, tak sampai keliling rumah lagi tu pun dah rasa nak nangis. Bayangkan
la orang keja kontrak takpun keja di sawah…
Cuma kalau dah tau
tak puasa sebab keja berat ni pandai-pandai la cover bila nak makan/minum. Jangan
duk berlagak tunjuk tak puasa pulak. Itu kang tak pasal-pasal kena angkut
dengan van jenazah. Sendiri mau ingat lah. Dan jangan lupa ganti puasa tu.
Ramai orang tak faham
situasi orang yang keja berat dan cenderung nak kata macam-macam kat diorang
ni. So, lepasni sebelum nak tuduh orang itu ini mohon fikir dulu takpun cuba
menyelami kehidupan orang tu dulu baru cakap ya. Sekian.
Love, Mira.
nice post!
ReplyDeletegua suka..haha
haha..tetiba gua kan.
Deletemata madu dengan mata lalat? 1st time dgr..hehe
ReplyDeleteha'ah kak, sy pun first time dengar jgk masa tu..hee.
Delete