Assalamualaikum.
*ini entri yang panjang*
Seperti yang anda tahu saya orang Perlis. Tapi membesar di Kelantan dan Kedah. Eh, ka baru tau? Haha..Tak kisah la. Hari ni tetiba rasa nak mengenang memori kat Kelantan dulu. Antara syurga makanan kat Malaysia ni memang Kelantan salah satu daripadanya.
Sangat banyak dish yang hanya ada kat Kelantan tapi payah nak dapat yang exactly macam yang original. Walaupun aku kuat makan tapi aku sebenarnya picky eater a.k.a cerewet dalam memilih makanan. Tak, harga murah memang tak kisah tapi kualiti dan rasa memang i kisah uolls. *tetiba memondan*
Ok, sebagai perkongsian aku nak list-kan beberapa best dishes yang aku rasa kalau pegi Kelantan tak makan memang rasa macam tak sempurna. Macam something wrong somewhere lah kan. Aku dengan family kalau pegi sana memang akan mencari semua makanan ni, lepaskan rindu gituu..hehe.
Tapi ni hanya menurut taste bud aku lah kan. Kita punya taste bud tak sama jadi kena try semua baru tau mana yang kena atau tak kena denga citarasa anda tu ok.
#1: Ayam Golek
Dah nama ayam golek dah tentu ayam tersebut digolekkan ye dak? Takkan dilenyek macam mash potato lak kan? Haa, ni rupa ayam golek.. Air liur macam membuak-buak ja nih..demmit. Ada satu kedai kat area rantau panjang..dulu-dulu kami selalu singgah kedai tu. Sedapnya Ya Allah..hmm. Tapi malangnya takleh nak suggest sebab memang taklah aku nak ingat namanya. Yang aku ingat dia kat tepi jalan..sedap sangat. Nangisss... T_T