Monday, December 31, 2012

Au Revoir 2012

Assalamualaikum..

Akhirnya, sampai jugak di penghujung disember yakni penghujung tahun 2012. Rasa setahun tu taklah lama tapi tak jugak sekejap kan. Macam-macam jadi tapi still aku terus berdiri teguh. Perghh..teguh sangat padahal asal stress je makan sampai tak hingat dunia lepastu nangis sorang-sorang dalam shower..hehe.

Tapi sebenarnya tak kira apa jadi kita kena kuat. Masa happy kena ingat, masa susah pun kena ingat jugak. Ingat apa? Ingat pada Pemberi segala nikmat ini. Alhamdulillah untuk segala nikmat kesenangan dan kegembiraan yang Dia kurniakan dan Alhamdulillah jugak untuk segala ujian yang Dia berikan kerana itu semua menjadikan aku lebih matang dan tabah. :)
 


Love, Mira

Thursday, December 27, 2012

Of First Final Paper Today.

Assalamualaikum.

Hari ni first paper. Memandangkan ianya english then aku taklah stress sangat. A good start actually. Tapi risau jugak sebab ini first time belajar english dengan cara dan gaya berbeza. Kalau aku tak rujuk past year mau nangis tengok kertas soalan..hoho. Tapi kalau tengok past year pun sama jugak sebab sem ni diaorang set format yang berbeza sikit. But at least kita dah alert dengan bentuk soalan walaupun bukan seratus peratus sama.

Oh, nama subjek ni process writing. Stage pertama english ni kita panggil english communication atau nama glamer dia kita panggil e.comm I. Lepastu  kena ambik e.comm II dan stage ketiga process writing. Kalau tak pass satu stage, takleh further seterusnya, kena bagi pass dulu baru boleh proceed. Lepas habis ni ada lagi business and profesionnal communication dgn satu lagi apa nama ntah, aku lupa. Kira semua ada lima stage. Tapi kalau band muet bagus boleh skip beberapa stage..hehe. Tolonglah tau yang muet penting kat U tapi taklah penting gila.

Apa aku nak merepek hari ni? 
Hmm..aku cuma terfikir yang lecturer proces writing aku sangat awesome! Dia suruh kita add facebook kot ada benda tanya tapi malu kan. Ingatkan setakat tu je. Tapi dia sangat rajin. Buat revision sepanjang hari dengan student melalui facebook. Waktu tu aku rasa facebook sangat membantu. Maka, rugilah orang yang tak add dia. Sapa suruh berlagak? Sapa suruh malu-malu kucing? 
Ah, malu kau kat tempat yang salah..too bad!

Sangat-sangat terima kasih untuk Miss Nadzatul.
Ianya membantu walaupun baru hari ni aku berkesempatan online.
Even sekejap je aku sempat usha facebook dia tapi it worth it.
Aku buat revision dengan re-check balik details yang penting dalam paper ni.

Insya-Allah everything will be just fine :')
Oh, i'm sure i will miss your class Miss Nadzatul.
You're awesome.
Thank you for everthing.


Love, Mira

Thursday, December 20, 2012

Syamin's Wedding ^^

Assalamualaikum.

Hari tu kan aku berdilema sangat nak pegi ke tak wedding classmateku itu dan diakhirnya 15 Disember itu aku pegi jugak..teheee. Bestnya la memandangkan ni first time dapat jemputan kawin kawan sendiri. 

Eh, lupa pulak nak cakap pengantin ni classmate time form 2 dan form 3 masa aku zaman mrsm pendang dulu kala. Nama dia Syamin, insya Allah bakal cikgu. Same goes to her husband..diaorang classmate kat maktab tu haa. Salah satu sebab diaorang decide nak kawin sebab selalu jumpa, then mak ayah setuju untuk terus nikahkan. Simple and Sweet kannn!

Pagi tu kami bertolak dengan kancil hijau highlight milik Efa. Serius hijau highlight dari jauh dah tau dah keta sapa..hehe. Dan Nada pun join jugak. Lepas ambik aku kat dpp aku ni kita orang ambik Ayu kat area Asun. Ayu form 4 baru maka aku tak kenal. Tapi 10 minit je lah aku segan dengan dia. Lepastu aku merapu jugak dengan dia. Tapi Ayu ni jenis sopan..jauh benar dengan perangai aku..hehe.

Nak jadi cerita temperature keta naik kemain tinggi lebih dari separuh..sobss. So, kami lepak kat R&R Gurun setengah camtu. Alhamdulillah ada la pakcik-pakcik yang tolong kitaorang. Kau tahulah kalau perempuan dengan keta ni..memang nganga. Tolong tengok boleh, check masalah memang hampehh..hehe.

Berbekalkan keyakinan dan ketabahan kami teruskan jugak ke sungai petani. Tunggu Raby sambil relax kejap. Raby sampai je kami terus ke Kota Kuala Muda rumah pengantin. Raby dah selalu pegi rumah dia, kira pakar dah selok belok ke sana. So, dengan bangganya kami tak sesat..hihi.

Tuesday, December 18, 2012

Too Much

Assalamualaikum.

too much things to do 
yet so little time. how lah wei?
stress thinking about study, money..T_T
annoying people around me
ton of notes to be revise.
homesicks :(
i got full package..
i've every reason to cry for..

eh? apa kejadahnya nak ber-oh my english ni...
argh..mari guna bahasa kebangsaan kita. tiba-tiba bajet patriotik.
ke-stress-an ini sungguh meng-jengkelkan. 
rasa nak marah orang, 
kalau boleh terajang muka mahkluk yang annoying itu alangkah bestnya.
tapi it's okay, aku berjaya kawal perasaan ini.
jangan risau, setakat hari ini dan detik ini belum ada yang terkorban.
esok lusa taktau lagi..haha. 
ok, itu cubaan buat lawak. 
kalau anda tak anggap lawak sila jangan charge aku atas dakwaan ugutan membunuh.

see..aku dah start gelong balik dah cakap merapu merepek meraban. 
bukan meraba eh. 
ini bukti bagaimana education boleh 
mengubah hidup seseorang sebanyak 360 darjah.
atau mungkin lebih..@_@

membebel di sini pun tak mampu tambah teori dalam kepala otak.
jadi apa aku buat kat sini?? 
dushhh *terajang diri sendiri sebab tak sedar diri lagi*



   Mira

Wednesday, December 12, 2012

Hey, Dear......

Assalamualaikum..

Masa bosan-bosan haritu aku jumpa website yang best nak dijengah bila takdak benda berfaedah nak buat. Dan jumpa benda dinamakan Dear.... Website ni banyak la benda-benda menarik nak ditengok. Yang aku paling suka adalah benda Dear... hehe.

Agak tak faham apa benda aku merepek ni, sila scroll down ya.. (^__^)

it must be easy to be colorblind huh?

ini random tapi aku rasa kelakar sebab dear utk diri sendiri..hehe 

Friday, December 7, 2012

Kisah Am Dan Mira.

Assalamualaikum.

Hari ni tetiba rasa nak cerita perangai zaman kanak-kanak yang mana bila fikir balik pheww...naif gila ah. Tapi yalah, pengalaman akan mendewasakan manusia kan. Layan je lah. Kalau adik, cousins atau anak sedara kita tanya soalan pelik-pelik nanti, kita layankan je. Budak-budak memang begitu. :)

Dah ada anak sendiri nanti pandai-pandai lah handle ya.. Kids always curious about everything. But they're cute..hehe. Kita yang dewasa ni lah yang kena cool bila guide diorang.




Am dalam cerita ni adalah kakak aku satu-satunya. Dia lah yang selalu layan soalan aku yang bila fikir balik memang menguji kesabaran sebab tak logik. Nanti aku update lagi siri soalan yang aku pernah tanya dia..hehe.

*True story*



p/s: masa ni aku 7 tahun, Am 10 tahun..kira dia dah cerdik dah, tapi aku still naif lagi..haha. by the way, maafkan kehodohan kartun ni, aku memang takdak bakat nak melukis..redha je lah. ^^


Love, Mira

Thursday, December 6, 2012

Must Watch Movie: Madagascar 3; Europe's Most Wanted

Assalamualaikum.

ra da da da da circus, da da da da afro..polka dot polka dot circus afro.. 
(lagu tema circus, even circus pun ada tema..haha)

Dah tengok Madagascar 3: Europe's most wanted? Ok, tahu la dah lama keluar dan baru sekarang aku nak cerita kann tapi dah tengok belum? Aku sebagai peminat tegar cerita animasi ni haruslah tengok. Aku syorkan pada korang yang stress dengan assignment, test dan seumpamanya tu supaya tengok la movie ni.

Laptop aku ada problem di mana aku tengok movie ni tanpa sound tapi still aku gelak macam orang gila. Kalau ada sound ntah cemana la aku gelak agaknya..

Watak utama yang semua dah kenal. kalau tak pernah layan madagascar ni memang harapan lah nak kenal kan. -..-
Gloria. Melman. Marty. Alex. Penguin gila..haha