Thursday, October 11, 2012

Bye Bye Cinta ;)

Assalamualaikum. 


It hurts the most when the person that made you feel special yesterday makes you feel so unwanted today.
 

Sejak kebelakangan ni aku dihujani dengan pelbagai luahan hati dan perasaan. Atau lagi mudah kita panggil ia cinta! Cinta ni bukan lah perasaan yang kita mintak hadir kan. Tapi taktau lah kot ada orang mintak cinta dalam doa dia. Kalau cinta dari sang Pencipta lain lah..itu cinta yang paling agung, memang setiap hari doa. cinta ni bukan benda yang kita boleh nampak dengan mata kasar, ianya abstrak dan hanya mampu dirasa. Tapi cukup hebat sebab mampu membuatkan jiwa-jiwa kita ni menangis dan bersedih.

Oh, gila aku bersastera hari ni..haha. Sebenarnya banyak sahabat-sahabatku yang bertanya ‘bagaimana mahu membawa diri?’Atau lebih glamour kita cakap, ‘cemana nak move on woi?’ Haa, perlu ditegaskan kat sini aku bukanlah terlalu hebat dalam soal cinta, dahlah tak bertauliah..hehe. Cuma sekadar memberikan idea yang mungkin membantu lah. Diulang MUNGKIN. Sebab semua berbalik kepada diri kita sendiri. Kalau kita sendiri taknak let go benda ni, susah. Jadi result akan bergantung kepada tahap kemahuan kita sendiri. Believe me it’s gonna be hard.

Monday, October 1, 2012

Hello Oktober!

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ni memang banyak benda nak cerita kat sini. Tapi tapi tapi......line macam siput khinzir tahu! Nak buat keja susah, nak online facebook apatah lagi. Lepas election hari tu kemain sistem down ya. Ehem..MPP baru sila lajukan wifi. Sila pegang janji manis anda ya! Walaupun aku tak pegi manifesto kalian tapi aku tahu okay!

Kami taknak gila bila takleh nak login learningzone semata nak download assignment.. Kalau facebook, twitter boleh lah puasa. Tapi assignment tidak! Dah la start minggu ni banyak benda nak kena submit plus present. Haih...so pleaseeeeee lajukan wifi! Kami mahu wifi laju macam kilat! Okay, over sangat dah hang ni mira.. (=..=)


Oh, hari ni sudah Oktober. Cepatnya masa berlalu. Lepas settle benda konvo minggu depan satu lagi ni maka akan berderet-deret-deret (nak tunjuk kata banyak..haha) lah midsem exam..hohoi. Time flies yu know. Okay, itu sahaja untuk kali ini. Saja nak practice menulis sebab macam lama je tak membebel disini..hehe.

Love, Mira