Saturday, August 4, 2012

Yep, I'm Looking Forward.

Assalamualaikum.

Salam 15 Ramadan! Malam ni bulan penuh, cantik sangat..rasa macam nak habiskan masa pandang bulan sepanjang malam. Hmm..tapi kalau buat kang orang ingat gelong pulak. So, duduk kat dalam rumah diam-diam..hee.

Ok, sepanjang nak masuk dua bulan kat rumah ni memang tak banyak aktiviti pun kecuali kerja rumah yang tak berkesudahan tu. Memang kadang-kadang rasa bosan tapi aku taknak jadi orang yang tak menghargai nikmat, nanti dah masuk sem sibuk nak cuti pulak kan. Jadi, aku tengah menghargai detik-detik ini supaya tak menyesal nanti.. :)

Dan tadi baru dapat check result padahal dah seminggu lebih result keluar. Malas nak sesak check result hari tu, sabar ja lah kan. By the way, oklah result kali ni cuma takda lah cemerlang, gemilang dan terbilang pun. Biasa sahaja, tapi sudah cukup sebab usaha tak sehebat mana pun..hihi. Cuma ada sedih sikit sebab paper kesukaan iaitu marketing tak dapat A sebab demam masa tu..sobs.  Tapi aku masih bersyukur dengan apa yang dapat ni terutamanya paper akaun. Ingat nak kena repeat dah..hehe. Alhamdulillah.


Untuk sem baru awal september ni, aku dah prepare mentally tapi bukan physically..hehe. Rasa tak sabar nak belajar benda baru tapi rasa taknak tinggalkan rumah. Sebab tu aku cakap physically tak bersedia..hee. Goal aku untuk masa depan ialah TAKNAK BAYAR PTPTN! Hahaha. Bunyi niat keji je kan tapi maksud sebenarnya aku nak mencapai first class. Nak dapat first class then boleh joget-joget dua minit..hehe.

Mungkin orang akan kata senang nak dapat since course bisnes ni senang. Realitinya? Tak begitu mudah tidak juga begitu susah. Kalau korang jenis suka ambik tahu semua hal ehwal malaysia, dunia dan segala-galanya mungkin segalanya lebih mudah. Kadang-kadang aku harap aku ni 'sebuah' Google. Haha..boleh macam tu? Mungkin dalam next post aku akan cerita sebab apa aku nak jadi 'sebuah' Google tu. InsyaAllah.





Love, Mira.

No comments:

Post a Comment