Assalamualaikum.
Aku hari ni nak meluahkan rasa kekecewaan yang dah lama tersimpan. Setiap kali nak raya, aku akan ada satu masalah yang sama iaitu susah nak cari tudung. Memang lah berlambak tudung kat kedai tapi semua tak menepati citarasa aku. Aku taklah cerewet pun. *konon*
Yang blingbling ke bunga seketul besar ke crown cantik atas kepala ke ada riben cute ke..semua aku taknak. Aku nak plain bawal sahaja. Dan sekarang nak cari plain bawal adalah sangat menyeksakan. Maksud di sini memang plain betul, taknak ada tone color pun kalau boleh. Aku rimas tengok kaler bercampur..lagi-lagi kalau tetiba campuran color tu macam tak kena langsung. Haih, sakit mata!
Hari tu pegi pasar pagi atau kat Perlis ni nama glamer pasar tu, Nat Pokok Getah. Stylo habis nama..haha. Korang pernah pegi beli belah kat kawasan yang dipenuhi pokok getah? Err..tapi takda lah penuh sangat pun dengan pokok getah tu cuma cukup untuk redupkan suasana kat situ. Ok, kisahnya aku nak cari baju dengan tudung matching untuk raya tahun ni.
Dan seperti biasa..masalah sejak 3 ke 4 tahun kebelakangan ni kembali menghantui aku. Aku macam tension jugak lah, tiap-tiap tahun aku kena membebel pada diri sendiri pasal benda alah ni. Macam boring je nak repeat tiap kali raya. -..-