Tuesday, February 7, 2012

Saya Di-Tag Oleh Adik Yang Bernama NZ

Assalamualaikum.

Ni first time aku kena tag oleh adik junior comei bernama Nuha Zahari a.k.a Nurul jadi layan je lah. Aku kan kakak yang baik..ahaha. Lagipun aku takda idea nak mengarut mahupun mencarut..hehe.

11 fakta tentang aku
1. Aku GARANG gila. Silalah percaya. Aku rasa kalau tak paksa pun orang percaya jugak..hehe.

2. Aku dilahirkan kat rumah tok aku sebab ayah aku teringin nak ada anak yang dilahirkan kat rumah bukan hospital.

3. Aku suka berangan, berimaginasi benda yang bengong dan tak logik bersama kawan-kawan aku.

4. Aku takda kaler feveret sebab setiap tahun kaler feveret aku berubah-ubah. Tapi faiqah selalu cakap aku suka kaler kuning. motif?


5. Aku suka gila tengok cerita kartun tak kira lah english ke melayu ke. Antara yang paling suka kungfu panda, shawn the sheep dengan spongebob. Usop sontorian dengan boboiboy pun aku layan gak..hehe.

6. Aku anak kedua dari empat beradik tapi orang selalu ingat aku anak sulung sebab akak aku tak berapa nak matured. Benci betul..haih.

7. Sangat suka makan tomyam tapi tak pandai buat tomyam yang sedap. Share la resepi dengan aku. *wink

8. Aku tak suka lelaki romantik sebab aku pun tak romantik..haha.

9. Aku masih boleh pakai baju kurung masa form 1 dulu. Nampak sangat tak tinggi-tinggi kan.

10. Semalam aku tersedar yang aku dah gain weight dengan jayanya. Sekarang tengah plan nak kuruskan badan..hehe.

11. Aku sangat berharap kakak aku kawin dalam masa dua tahun ni. Lama kot tak buat kenduri. :)


Okay, sekarang mari jawab soalan Nurul; (kak mira jawab dalam BM je lah dik..perkataan english macam takda dalam memori dah ni..hihi)

1. macam mana kita kenal?
Kita kenal masa sekolah of course kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani! Saya kan senior yang comel waktu tu. Ok! boleh baling telur busuk kat aku sekarang..ahaha.

2.macam mana boleh mula berbelog?
Hmm..entah la. Sebenarnya aku seorang yang suka menulis, mengarut dan juga membebel. Mungkin sebab tu kot buat belog ni. :)

3. apa yang anda buat sebelum tido?
Pegi buang air, check semua pintu dan tingkap, tutup lampu, jalan pegi bilik, duk atas katil, baca doa dan tido. Err..rasa macam tak jawab soalan dengan tepat la pulak..hehe. sori.

4.anda ada bantal busuk? apa nama dia?
Dulu ada,  kaler purple berbelang biru..arwah tok yang buatkan. 100% handmade dan kekabu..best woo! Tapi dia dah hilang masa pindah ke kelantan 14 tahun lepas. Dia takda nama. :'(

5.tabiat pelik sejak kanak-kanak?
Sangat suka gosok hidung bila rasa malu ataupun segan dengan sesuatu situasi. Contohnya bila jalan-jalan pastu terlanggar tiang, terus sambung jalan sambil gosok hidung..hehe. Rasanya tak pelik pun kan?

6. apakah jenama telefon bimbit anda?
Pakai nokia yang berwarna pink je. Model jangan tanya sebab tak pernah ambik kesah..haha. Ni pun ihsan ayah, terima je lah dengan seadanya. :)

7. boyfriend dan bestfriend mana satu pilihan anda? dan kenapa?
BOYFRIEND!!! Hahaha..kalau aku jawab yang ni memang sah aku dah nak gila agaknya..hahaha. Of course lah bestfriend. Sebabnya bestfriend yang selalu teman aku masa susah dan senang. Yang jaga aku masa sakit, belikan aku nasi dan temankan aku shopping! Boyfriend setakat hantar text dengan call tanya khabar je lah. Nak jumpa setahun sekali pun susah yang amat, nak jaga masa aku sakit? Memang tak ah. Sila jangan kecik hati pada yang berkenaan. Tapi rasanya kalau husband dengan bestfriend jawapan akan berbeza lah kot. Mungkin la. :)

8.ada takut apa-apa tak? dan kenapa?
Aku takut tempat yang gelap dan sempit. Rasa macam sesak nafas dan nak pengsan weh. Taktau kenapa, ni semulajadi lah kot.

9.kalau anda boleh buat satu je benda untuk parents anda untuk membalas jasa mereka, apakah ia?
Dengar cakap diorang tanpa bantah walau sepatah pun. Tapi kalau kena paksa kawin macam dalam novel tu, aku cadang nak bantah. Kawin mana boleh paksa-paksa..haha. *pengaruh dunia novel.. (-__-")

10. kartun kegemaran anda?
Dah tercakap kat 11 fakta tadi tu..hehe. Saja nak cakap lagi, shawn the sheep tu lawak gila. Sila lah pegi tengok.

11.macam mana anda tahu belog saya?
Obviously melalui aktiviti stalk. Ok, kantoi kat situ..hehe. :P



* soalan bonus: apa yang patut ditukar kat belog Nurul?
Overall ok, suka background tu sebab simple dan kaler macam cerah je mata bila tengok. Suka! Cuma tulisan yang kaler coklat kat header tu macam tak sesuai mungkin sebab kaler coklat terlalu dark kot ataupun sebab font tu. Rasanya sebab font tulisan the little note tu kot. Yang lain baik-baik saja. :))


Sekian.



p/s: Nurul, sori lah kak mira dah lama tak bukak belog..hehe. Sebenarnya kena buat 11 soalan dan tag orang seterusnya tapi aku rasa takda orang nak jawab pun, buat malu je. Jadi aku tak buat lah..haha.

Love, Mira.

1 comment:

  1. wahhh! suka2! hehe. takpa kak, janji kak sudi jawab, dah cukup bahagia! lalalala~

    *teringin nak tengok bantal purple tuhhh! hee~

    ReplyDelete