Wednesday, February 29, 2012

29 Short Notes.

Assalamualaikum.

Disebabkan hari ni 29 febuari yang datang empat tahun sekali, maka haruslah buat entri special *kononnya*. Jadi aku decide nak menyampaikan 29 buah nota pendek yang ada kaitan dengan hidup aku..haha. Mau muntah baca cerita aku.

#1 Aku tetiba suka kaler merah awal tahun ni. lepastu aku suka kaler kuning ke-oren-an dan semalam aku terjatuh cinta dengan kaler hijau. secara konklusinya, aku rasa aku suka kaler ni sebab aku dalam mood nak ambik lesen. tetiba tersuka kaler traffic light. ok, aneh sikit. (-__-")

#2 Aku benci gila bila aku pegi kelas takda orang. banyak kali pulak tu. demm gila bila takda orang sampaikan kat aku. adakah aku patung?!

#3 Untuk birthday tahun ni aku rasa taknak hadiah. aku cuma nak kawan-kawan aku ada sama-sama je. Dapat makan pizza sorang sekeping pun dah ok dah. Wa kata aku tetiba jadi sweet. Fine, tipu je..wa kata aku ngada-ngada. Tak mungkin lah dia kata aku sweet..haha.

#4 Aku teringin nak pegang belon banyak-banyak macam dalam movie tu. Belon yang colourful dan comel-comel. Lama gila tak tiup belon, kali terakhir pun dua tahun lepas.

#5 Kadang-kadang aku rasa aku salah buat pilihan bila masuk matrik tapi satu benda yang buat aku tak rasa menyesal adalah bila dapat ramai kawan yang awesome kat sana. :))

Saturday, February 18, 2012

A Letter To Dad

Assalamualaikum.

Dua hari lepas ayah aku kemas barang-barang dia then terjumpa sepucuk surat. Surat ni aku dengan kakak aku si Am tu tulis masa ayah pergi kursus kat KL. Kalau tak salah tahun 1998. Waktu tu aku baru 7 tahun, kakak aku pulak 10 tahun dan adik aku si Dondi tu baru 3 tahun. Lama jugak kursus tu dalam enam bulan kot.


Friday, February 17, 2012

Manis 21: Atikah Ali!

Assalamualaikum.

Entri hari ni khas untuk birthday girl,  Atikah Ali! Tikah ni roommate aku masa kat matrix dulu. Dia sangat la peramah. Masa mula-mula masuk dulu aku ingatkan dia diam tapi hakikatnya tidak. Setakat gosip budak-budak matrix tu memang dia expert lah. Kira dia lah sumber gosip yang tanpa was-was..haha. Walaupun tikah sangat kuat gosip tapi dia juga sangat kuat belajar. Serius tak tipu..jadi result dia selalu flying colours tak macam aku..hehe.

So,

HAPPY BIRTHDAY TIKAH!

Semoga sentiasa rajin dan dapat result yang bagus.
 Saya sayang awak!!

ini lah tikah...

Tuesday, February 7, 2012

Saya Di-Tag Oleh Adik Yang Bernama NZ

Assalamualaikum.

Ni first time aku kena tag oleh adik junior comei bernama Nuha Zahari a.k.a Nurul jadi layan je lah. Aku kan kakak yang baik..ahaha. Lagipun aku takda idea nak mengarut mahupun mencarut..hehe.

11 fakta tentang aku
1. Aku GARANG gila. Silalah percaya. Aku rasa kalau tak paksa pun orang percaya jugak..hehe.

2. Aku dilahirkan kat rumah tok aku sebab ayah aku teringin nak ada anak yang dilahirkan kat rumah bukan hospital.

3. Aku suka berangan, berimaginasi benda yang bengong dan tak logik bersama kawan-kawan aku.

4. Aku takda kaler feveret sebab setiap tahun kaler feveret aku berubah-ubah. Tapi faiqah selalu cakap aku suka kaler kuning. motif?