Friday, January 13, 2012

Final Examku Sudah Tamat.

Assalamualaikum.

Semalam 12-01-2012 last paper aku untuk sem satu nih. Rasa cepat sangat masa berlalu, dah habis dah satu sem. Sekarang ni kena tunggu result la pulak. Okay, cuak sebenarnya sebab usaha tak setara mana pun. Nak menyesal pun dah lepas dah. Boleh doa dengan tawakal je lah. Sebabkan paper hari ni habis pukul lima lepastu barang satu apa pun tak kemas lagi, maka aku decide balik petang esok ni. Ayah aku on je sebab beliau kan dah bersara. Goyang kaki la maknanya. Aku tak sempat lagi nak call tanya adik-adik aku pasal sekolah baru diorang. Mesti banyak cerita aku nak kena dengar esok. Sabar je lah.

Aku dah pindah rumah kat perlis. Kena mention jugak untuk kesekian kalinya sebab ramai je kawan-kawan yang taktau aku dah pindah. Kira ni insyaallah rumah tetap yang aku akan duduk sampai la aku ada rumah sendiri, sampai saat aku kawin, dan jugak rumah yang aku akan balik bila raya macam kat dalam tv tu. Rumah aku rumah biasa je, paling simple dan yang penting tersorok. Kalau kat taman tu macam tak nampak je jalan ke rumah aku. Magic oh..hehe. Dan yang best tak sampai 5 minit untuk pegi ke kampung aku. Boleh lepak dengan para cousinku yang sewel belaka. Aiceh, bajet aku tak sewel je kan..hehe.

Bagi menjawab soalan Faiqah hari tu, aku nak cakap berlambak sawah kat area rumah aku tu tapi bukan family aku punya lah..hihi. Sepatutnya sebelah rumah aku ada sawah dulu tapi sekarang tuan tanah tu dah tak tanam padi. Kawasan tu kira dah jadi macam padang lah. Jadinya bila petang-petang ramai la bebudak kecik main kat area tu. Yang best ada orang main layang-layang. Kalau ikut hati nak join tapi bila fikir umur dah 20-an ni rasa macam pelik main dengan kanak-kanak. Aku dah la kadang-kadang over excited. Mau ayah aku tak mengaku anak..(-__-")

Point penting aku hari ni sebenarnya adalah, aku dah pindah rumah. Jemput lah datang rumah aku. Setakat ni rumah aku tak disaster lagi, tu yang tak segan nak ajak tuh. Cuba kalau disaster, konfem aku senyap buat taktau je. Tobat tak ajak..haha.






p/s: rasa selfish gila kebelakangan nih. ;(

Love, Mira.

2 comments:

  1. all the best in ur final result :) semoga dapat result yang bagus :D

    btw, sukeee rumah dekat sawah padi :D

    ReplyDelete
  2. thanks munirah. awak pun exam jgk kan? all the best jgk.

    haah, rasa tenang ja bila bangun pagi.hehe. ptg2 bleh ambik angin. jom jom mai rmh :)

    ReplyDelete