Tuesday, November 22, 2011

Perubahan Emosi?

Assalamualaikum.

Aku adalah insan yang paling susah nak menangis. Ok, tipu lah. Aku dalam dua tiga tahun kebelakangan ni selalu sensitif. Tengok kucing yang kurus kering, motor basah kena hujan, baca newspaper, makcik cleaner yang sakit kaki, makcik yang tunggu bas lama gila..semua tu boleh buatkan aku menangis. Semua benda tu nampak remeh je kan tapi dah cukup buat aku sebak. Tetiba aku senang sensitif padahal selama ni aku mana ada masa nak menangis bagai. Dari form 1 aku duduk asrama tak pernah menangis kecuali masa sakit tapi bila dah besar ni senang sangat menangis. Ni emosi ke naluri keperempuanan eh? Rasa macam pelik dengan diri sendiri. Walaupun aku nampak heartless kat mata orang tapi aku sensitif tau.


cry out loud.



p/s: tetiba duk cakap pasal menangis, pasaipa mira? pasaipa?

Love, Mira.

Sunday, November 20, 2011

Tetiba Aku Emo.

Assalamualaikum.

Aku tengah mengalami konflik diri yang boleh dikira agak rumit jugak lah. Jadi, aku nak tanya, adakah normal untuk berasa menyampah pada boyfriend anda sekali sekala? Walaupun boyfriend anda takdak buat apa-apa yang annoying? Aku rasa macam aku selfish bila time aku menyampah dengan dia. Tak kira dia buat apa pun aku tetap akan rasa annoyed. Aku punya emo tahap aku takleh nak text dengan dia pun. Dah beberapa hari jugak lah aku buat taktau je kat dia. Kejam sangat ke aku? Ni sebab hormon ke ego ke apa? Okay, aku tension dengan diri sendiri.

aku takyah mintak maaf lah kalau gitu kan?



Love, Mira.

Wednesday, November 16, 2011

Jerai... Part 1

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan; inilah gambar masa hiking di gunung Jerai. Yeah, sila lah tengok gambar ni semua sampai lebam. Sori la ambik masa sikit nak update, gambar banyak sangat maka pening kepala nak pilih. So, here you go..hehe.

muka ketat di pagi hari. aku dah tido dah time ni..he.
Yang tgh berlagak tayang kasut tu Bulat nama dia. Nike konon, kasut tu dah terkorban di tengah jalan..haha.
TTMC Adventures baru sampai. Diorang yang guide kami sampai habis program ni.

gagah ambik gambar jugak walaupun matahari dah tinggi..he.
serius gila borak.
tangga kenari seribu tahun. 1200 anak tangga. dah try?
 stretching dulu. abaikan aksi kurang sopan aku tu.



baca doa bukak kitab lagi, kemain haris ni.
jambatan ni agak usang, kena lalu sorang-sorang ja dlm satu masa. dah tu berlubang pulak tu..pheww.
muka ceria sikit sebab habis part tangga..ngee.
habis tangga tak bermakna sampai puncak jerai dah tau. masih jauh..~
mintak rehat sebab semput. Yang inner merah tu pengarah projek a.k.a sepupuku.
gigih la.
rehat di air terjun kecik. dah tak peduli kamera dah, aku kira nak buang kasut je..hehe.
yang dua orang ni kira nak makan. seluar purple tu shafiy, atas tu hazwan. orang kuat projek ni jugak.
gaya bulat tengok nasi macam tak pernah tengok selama ni. dia tak peduli apa dah.
candid yang tak berapa candid.
kami comel! haha.
yg belakang baju hitam cuci kasut tu Lanun, nak jugak masuk. sorang lagi yg pegang air oren tu abg Sani.
adik manis sekalian. single-single lagi nih..hee.
muka habis innocent ni. tertipu tak?hehe..
cari mana kaki aku? sapa berjaya teka aku belanja cool blog. tutti frutti tak mampu..he.
baju oren ialah abg Ku..pegawai pengiring. sporting habis dia nih.
air tu bukan kotor ya. itu namanya air akar kayu. rasa macam air biasa je. boleh diminum begitu saja. :)
jadi laki senang ja. tido camna pun takdak sapa peduli..heh. aku jeles.
meneruskan pendakian. yang kanan tu Kinah, gaya nak pi shopping kan..haha.
tak mampu berkata-kata. take a break..~
menuju ke batu kapal.
well, atas batu kapal! hehe. cari mana aku.
         tgh dengar penjelasan abg Sani. kawasan bawah batu ni agak mistik. org kata byk makhluk halus. kalau dia berkenan dia akan ikut kau. ngeee..takut oh.
ya, menuju ke puncak gunung Jerai. kiri tu fatin, sorang lagi fessy nama dia.
jejaka kacak. kononnya.
dari puncak gunung Jerai.
versi asli.
versi cetak rompak. ada yg berkenan ke? haha.
walaupun penat kena cover sbb nak gambar nampak cantik..hehe.
aku kira tinggi jugak lah kan. suka!!
sampai ke tapak khemah. cool down macam-macam style. disaster betul. -.-"

Oh, aku cuma dapat bagi penerangan yang simple je lah. Nak tau full story mai sintok ni. Aku cerita sampai ampa semua muak. Ada berani? haha. Ni untuk first day saja, tu pun tak termasuk aktiviti selepas tu. So, to be continue...^_^


Love, Mira.

Thursday, November 10, 2011

Cinta Dan Pengorbanan.

Assalamualaikum.

Yeah, i'm back! Aku tak update bukan sebab apa nama pun cuti kena la rehat kan kan..hehe. Sebelum terlupa, Selamat menyambut hari raya aidiladha. Sesuai dengan tema raya korban ni aku nak cerita pasal pengorbanan. Oh, sebelum tu, dah tengok video baru matluthfi? Tadi aku ada jugak share kat facebook sebab suka gila tengok video nih. Apakah kaitannya? Sila tengok video ni dulu..sumpah lawak.



Tajuk entri ni ada kaitan dengan lagu forteen yang berdua bersatu tu. Matluthfi ni ada kata ada beza antara pengorbanan dan kebodohan kan? Aku teramat sangat paling SETUJU sebab kadang-kadang orang asyik fikir, oh takpa lah berkorban untuk girlfriend aku..aku kan sayang dia.. 
Pada aku nak berkorban boleh tapi agak-agak la jangan sampai kita ni diperbodoh-bodohkan. Aku sendiri benci diperbodohkan orang. Wake up lah, bukan semua orang nampak dan hargai pengorbanan kita. Nak sayang orang pun ada batasnya. Buka mata dan fikirlah..