Monday, August 10, 2015

Raya Sa-orang Mira 2

Assalamualaikum.

Pertama kali aku cakap nak buat part 2 dan termakbul kehkeh. Teruk betul. Oleh itu nak teruskan part 2 yang menceritakan hari raya pertama saya..gitu.

Hari Raya pertama tahun ni aku ada personal mission aiceh macam runningman pula siap personal mission bagai. Oh ya, personal mission aku adalah selepas solat subuh kena terjah toilet untuk mandi. Taknak la bertolak-tolakan dengan kakak adik sepupu makcik pakcik untuk mengatakan 'hang la mandi dulu!' sambil tarik selimut..haha. Kampung tok adalah seperti kampung yang lain juga, air paipnya sejuk yakmat sampai nak menjerit kadang tu. Setiap masa air sejuk walaupun ketika tengahari panas litlit.

Mujur tahun ni kesesakan tidak berlaku dengan teruk sebab tak semua balik beraya rumah tok dan juga dengan pertambahan dua bilik air yang menjadikan total bilik air di rumah tok adalah tiga. Dua bilik air dalam rumah lagi satu di luar sana. Dah macam public toilet pula tapi syok la boleh mengada-ngada pilih toilet mana satu kau nak mandi..haha. Dulu bermula jam 7 pagi sampai 8 pagi memang sesak gila sebab nak kejar pi solat sunat raya. Nak mandi lah, nak berak lah, nak terkencing la macam macam hal. Tapi itu yang best tu sebab time beratur kau ada masa bonding dengan keluarga yang lain, ada la yang  nak tanya 'sekarang hang buat apa?' lalu dengan hambar hang pun menjawab 'tunggu turn nak mandi' lol sangat. Lawak pilu di hari raya namanya tu. :P

Selepas tu, makan sikit sarapan a.k.a sunat sebelum pi solat raya. Pukul 8.30 pagi pi masjid dah walaupun solat pukul 9 sebab ramai nau orang Sg. Kerang balik beraya woi. Tok imam lepas solat raya selesai terus pesan dah kat jemaah lelaki yang mai solat jumaat karang bawakla sejadah siap-siap. Kalau dak sampin tu buat sejadah nah. Ok yang last tu aku tambah kehkeh. Lepas solat raya di Masjid Sg. Kerang kita terus pi raya sebab tahun ni raya jatuh hari jumaat taknak lengah masa la. Dua rumah wajib kena pi TokSu dan Tok alamak lupa nama tapi tok ni dulu jaga ayah a.k.a sama-sama keja cari duit la. Ayah aku kan susah dulu-dulu, jadi kena keja la. Tok ni pun sedara jugak sebenarnya. Sedara yang lain banyak yang dah takda. Yang ada pun duduk jauh sikit di area Kamunting sana.

Setel tu balik rumah siap-siap untuk sediakan makan tengahari. Tahukah anda hari raya adalah hari paling lama kau akan berada di dapur. Sebab tu aku selalu cari baju yang praktikal, kau gila nak berpeplum bagai lepastu nak pi goreng ikan, kukur nyok, kupas bawang. Memang taklah! Itu hari pakai kurung moden pun rasa macam why hang tak buat jubah takpun kurung biasa amirah..why? Sebab boleh duduk bersimpuh ja.. T_T Dapur menjadi hell kitchen ketika hari raya ya tuan-tuan dan puan-puan sampai hang rasa nak bertempik macam gordon ramsey. eh itu mungkin aku sorang ja kot haha.

Walaupun kehidupan ketika hari raya kami adalah sibuk tapi kami ada nap time haha. Cukup meter pi lah tido kat mana-mana. Biasa aku seret bantal, cari mana kosong then aku bumm situ haha. Tak kisah la kurung moden ka tudung keromot ka masuk nap time krohh krohhh tak ku peduli kau siapaaaa~ Lepastu bangun tidoq blur eh ini hari apa? Haha.

So, that's my raya. Setiap tahun pun begitu cuma ada lebih kurang sana-sini lah. Walaupun penat walaupun annoyed walaupun selalu naik angin, keluarga tetap keluarga. They'll cheer us up. Takkan ada ganti. Terima kasih Tuhan untuk keluarga yang pelbagai ragam tapi cukup indah ini! I'm so not gonna be ready to get married. Nanti dah tak boleh raya macam ni. Kena behave, tidaaaaaaaak. *Drama sangat*


M. 

4 comments:

  1. awesome :) suke dengar cerita raya dia .

    ReplyDelete
  2. best cite raya awak..tapi kan kalau dh get married pastu beraya kt rumah inlaw memang huwaaa lagi drama beb!

    jemput singgah blog saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha get married maknanya kena say goodbye to single life yg bebas la hihi.

      Delete