edisi senang: kerabu tembikai :D

Assalamualaikum.


Hari ni tetiba aku rasa macam nak update pasal makanan favourite aku iaitu kerabu tembikai. Bak kata mak aku kerabu tembikai ni popular kat belah utara ni. Kalau kat kedai susah jugak lah nak jumpa. Kalau rumah kenduri insyaallah ada. Tu pun kalau rumah kenduri tu ala-ala kampung macam kampung aku lah..hee. So, kalau nak rasa tak payah susah-susah berusaha gigih untuk datang ke utara, korang buat je weh. Cara nak buat senang gila! Haa, senang sampai boleh jadi gila..haha.

Sebelum tu, tengok bentuk kerabu tembikai ni dulu..


step 1: potong cili kecil warna hijau (sebab tembikai dah kaler merah kan) dan bawang merah.

step 2: ambik tembikai dan potong. letak atas pinggan dan simpan dalam peti ais. (makan masa tengok tv best ooo)

step3: kulit tembikai jangan buang. ambik sudu dan korek isi tembikai tu.

step 4: ambik belacan dan garam campurkan bersama cili hijau dan bawang merah tadi. Lepastu gaulkan dengan tembikai yang telah siap dikorek tadi.

step 5: Siap! (kan dah cakap senang gila tadi) Eh, selamat mencuba!  :D


Orang dulu-dulu kan tak suka membazir, sebab tu lah terciptanya resepi ni (aku rasa lah). Kebiasaannya orang akan buang kulit tembikai tu kan, maka hari ni aku bagi tips untuk tak membazir. Gunakan tembikai sebaik mungkin. Sekilo rm2 kot..mahal tahu!


p/s: Kat kampung aku banyak resepi pelik-pelik. Kalau nak tau kulit tembikai dengan kulit pisang pun boleh masak. Tapi aku tak ingat apakah ia. Hmm..mungkin gulai ke masak lemak ntah. Pelik tapi jangan risau sebelum dimasak, kulit-kulit tu akan dibersihkan sepenuh hati. Tak payah cakap geli ok. Aku pernah dengar tak pernah rasa lagi. (^_^)v


Love, Mira.


Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers