Ini tidak adil bagiku! :/

Assalamualaikum.

Aku hari ni nak meluahkan rasa kekecewaan yang dah lama tersimpan. Setiap kali nak raya, aku akan ada satu masalah yang sama iaitu susah nak cari tudung. Memang lah berlambak tudung kat kedai tapi semua tak menepati citarasa aku. Aku taklah cerewet pun. *konon*

Yang blingbling ke bunga seketul besar ke crown cantik atas kepala ke ada riben cute ke..semua aku taknak. Aku nak plain bawal sahaja. Dan sekarang nak cari plain bawal adalah sangat menyeksakan. Maksud di sini memang plain betul, taknak ada tone color pun kalau boleh. Aku rimas tengok kaler bercampur..lagi-lagi kalau tetiba campuran color tu macam tak kena langsung. Haih, sakit mata!

Hari tu pegi pasar pagi atau kat Perlis ni nama glamer pasar tu, Nat Pokok Getah. Stylo habis nama..haha. Korang pernah pegi beli belah kat kawasan yang dipenuhi pokok getah? Err..tapi takda lah penuh sangat pun dengan pokok getah tu cuma cukup untuk redupkan suasana kat situ. Ok, kisahnya aku nak cari baju dengan tudung matching untuk raya tahun ni.

Dan seperti biasa..masalah sejak 3 ke 4 tahun kebelakangan ni kembali menghantui aku. Aku macam tension jugak lah, tiap-tiap tahun aku kena membebel pada diri sendiri pasal benda alah ni. Macam boring je nak repeat tiap kali raya. -..-

Sejak trend shawl melanda dunia fesyen bertudung ni, aku dah tak happy. Lepas dua tahun baru aku boleh terima, tu pun aku pakai shawl yang bercorak minima. Datang bawal plain, aku happy balik. Tapi setakat dua bulan macam tu kot, tetiba muncul pulak yang ber-tone bagai. Lepas tu ada pulak yg bunga berkuntum-kuntum lah, dan pelbagai hiasan yang membuatkan darjah ke-tension-an aku hampir sampai kemuncaknya. Rasa macam nak bukak kilang tudung bawal plain, boleh produce tudung favourite tanpa susah payah lagi. *bajet senang je nak bukak kilang kan*

Aku tak mintak yang hebat-hebat, aku cuma nak tudung yang simple dan paling praktikal untuk dipakai sehari-hari. Aku ni belajar kat kawasan yang dikelilingi hutan, jauh dari kesibukan dunia fesyen, jadi apa ke halnya aku nak pakai blingbling bagai. Aku tak perlu fesyen terkini, aku perlukan keselesaan! Aku nak keep it simple. Diharap pengusaha tudung ni bersikap adil pada orang macam aku. Orang yang nak pakai tudung plain yang simple tapi menawan. *orang simple memang menawan pun..hihi*

Aku rasa kalau nak pakai yang blingbling, crown dan bunga kuntum-kuntum untuk majlis istimewa ok je. Majlis pertunangan, nikah, pegi kenduri kawin or dinner nampak relevan sikit lah bagi orang macam aku. Kalau tak aku macam kelihatan sangat aneh. Imagine aku time raya, pakai tudung gila happening lepas tu duk dapur bancuh air sepanjang hari. Part time selain bancuh air, tolong jaga sepupu yang mak diorang gosip dengan tetamu lepas tu nak memerut, aku yang kena teman. Sangat tidak cool kan?!

p/s: Tak kesah nak berevolusi macam mana pun, diharap bawal plain tak dilupakan sebagaimana kita tak melupakan lagu Suasana Hari Raya yang dah berpuluh tahun berkumandang tiap kali raya. *tetiba*

Sekian, dari aku yang inginkan keadilan. (-__-)v


Love, Mira.

Comments

  1. weyh..dtg kl la..masjid jamek tu ada berjuta tudung bawal plain hrga rm6/7 je sehelai -.-

    ReplyDelete
  2. hahaha..kesian pulak sy dgr..kalo kt kl nih mmg bnyk bawal yg plain mcm tu..cari slow2 k, raya lmbt lagi..hik3, =P

    ReplyDelete
  3. fqh: nak pegi lah ni..wuwu. aku kena deal dgn pah supaya ayah aku bg greenlight..haha.

    ReplyDelete
  4. kak erma: tulah, dpt lah jumpa satu tudung yg sesuai. tu pun rasa cukup sedih..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers