Saturday, January 28, 2012

kenapa terlalu murah?

Assalamualaikum.

Secara jujurnya semua orang suka barang yang murah kan. Sapa taknak beli tudung cantik 18 helai dengan harga 18ringgit. Atau beli t-shirt comel dua helai dengan harga tak sampai 20ringgit. Aku pasti semua suka beli barang murah tapi kalau pasangan kau murahan kau nak? Aku rasa mengikut firasat aku ni takda sapa yang nak pasangan yang murahan kan?

Aku teringat nak share pasal benda ni sebab ada kawan aku, A ni mengadu pasal kawan yang sorang lagi iaitu B yang boleh tahan agak sosial lah. Aku tengok dia pun tau dia jenis peramah and kind of attention seeker. Sebabnya aku pernah keluar dengan diorang dengan tengok perangai dia. Gedik boleh tahan jugak lah. Bila A ni cerita pasal B aku macam terkejut jugak lah. Selama ni aku selalu anggap orang kat sekeliling aku baik-baik je. Kalau dengan lelaki masih jaga adab lagi lah. Tapi si B ni relax je boleh ringan-ringan dengan lelaki atas alasan taktau macam mana nak tolak. Aku sumpah rasa nak maki dia. Apahal lah lemah sangat nih?! Dan kalau satu lelaki je aku faham lagi mungkin boyfriend dia tapi  masalahnya ramai sampai aku pun taktau berapa. Lebih bangang lagi ada ex dia nak berbaik balik dengan dia sebab suka ringan-ringan dengan dia. Obviously sebab nafsu and that guy mengaku memang sebab nafsu. Dan dia rasa macam nak terima balik tapi ragu-ragu. What the hell! Aku seriously tak faham dengan si B nih. Nak kata bodoh masuk u, result bagus gak tapi perangai macam %$#@^(8. Aku harap dia takkan terpesong jauh. Jangan jadi murah sangat nanti dah kawin takda apa yang istimewa untuk kau bagi pada suami kau.

Bagi aku sendiri, aku taknak suami aku dari jenis murahan. Tak sanggup aku tengok perempuan bukan muhrim sentuh-sentuh suami aku sambil gelak-gelak dengan gembiranya. No way! Kalau aku berusaha untuk jaga diri aku maka suami aku pun patut begitu. Takkan seorang suami suka tengok isteri sendiri main cubit-cubit pipi dengan kawan lelaki kat depan mata dia? Tak kesah lah orang nak cakap aku kolot ke kampung ke yang pasti aku tak suka pergaulan macam ni. Cukup berkawan macam normal.

Aku masih ingat lagi ustazah aku masa kat matrik dulu pernah cakap lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Aku rasa semua orang pernah dengar kata-kata ni kan. Tadi aku ada baca kat wall seorang kawan kat facebook cakap pasal benda ni. Dia macam confused..kalau dua-dua jahat sapa nak bimbing mereka? Pada aku lah, baik atau jahat kita yang pilih. Kalau kita sendiri taknak berubah menjadi lebih baik orang lain tak dapat buat apa-apa pun. It's your choice!




p/s: aku suka beli barang murah tapi cantik. tak perlu branded, aku kan berstatus pelajar..haha.

Love, Mira.

2 comments:

  1. laki yang baik mmg utk perempuan yang baik. tapi kalau dua-dua baik,sape plak nak ubah pasangan yang sebaliknye tu?

    ReplyDelete
  2. tu lah. tapi ada ja yang baik dpt yang sebaliknya kan. rasanya yang sebaliknya tu pun kena usaha cari hidayah la jugak.takleh bergantung pd org lain ja.

    ReplyDelete