Sunday, January 13, 2013

Aku Seketul Bom Jangka.

Assalamualaikum.

 

Aku seorang yang talkative iaitu banyak-banyak-banyak cakap. Punya nak tunjukkan betapa banyaknya aku bercakap. Tapi aku biasanya takkan bercakap dengan orang yang aku tak rapat. Kadang-kadang dengan orang aku baru kenal pun aku kemain pot pet pot pet..usia perkenalan tak berapa penting yang penting adalah tahap persefahaman antara dua pihak.

Oh, sebanyak mana aku bercakap pun bila aku bad mood memang secara magiknya aku akan diam. Kerana kadang kala bila diam tu buat orang lebih terasa. Cakap banyak kadang-kadang tak berguna kan?

Sebenarnya payah jugak hidup dalam era yang menegaskan golongan diam ini sebagai lemah. Lemah sebab tak menegakkan keadilan. Lemah sebab tak memprovokasi pihak lawan. Lemah sebab hanya diam sambil gosok mata.

Aku tak selemah itu cuma terlalu malas untuk melayan perkara merepek. Terlalu malas nak bergaduh dengan manusia tak faham bahasa. Terlalu malas nak membiarkan orang menyakitkan hati aku. Terlalu malas untuk menunjukkan keegoan aku.

Dengan itu aku pilih untuk diam. Biarlah dia memperbodohkan dirinya.

Sunday, January 6, 2013

Hampir Ke Penghujungnya..

Assalamualaikum.


Today topik: bagaimana nak menjawab exam tanpa gangguan pengawas exam.

Memandangkan hampir semua pelajar institusi pengajian tinggi tengah dalam minggu exam ni maka aku saja nak share pengalaman masa exam sikit.

Masalah utama aku bila exam ialah bila pengawas exam jalan-jalan di lorong itu sambil menjenguk answer sheet aku. Perghh..memang aku takleh concentrate lah. Jadi pagi tadi masa exam HR aku dah cuba satu kaedah iaitu pandang pengawas exam yang lalu sebelah anda tu sebelum dia pandang anda! Buat gaya insecure macam bila kita jumpa orang tak dikenali ketika bersiar-siar.

Dia pun manusia jugak, bila hang pandang dia dengan pandangan yang ada aura membunuh of course dia akan lariksss...muahaha. Aku tengok muka dia tapi fikiran aku tengah bayangkan mind map sebab jawapan dalam minda aku ni macam tak berapa clear. So, lagi lah aku pandang dia tajam..creepy kan.

Aku dah try tadi takdak sapa berani lalu lalang sambil usha paper aku..except lecturer lah. Itu takleh buat apa dah. Redho...

Saturday, January 5, 2013

Peneman Hari Terbaik!

Assalamualaikum.

Masa zaman matrik dulu ustazah suruh hafal. Dulu hafal sebab nak bagi dapat markah je tapi lepas dah lama tu sedar diri. Ustazah bukan saja-saja suruh hafal kan. Secara tak langsung bertambah lah surah-surah yang berjaya dihafal. Alhamdulillah. Sentiasa ada hikmah dalam setiap benda baik yang kita buat.

 

Tuesday, January 1, 2013

2013? Still Smiling :)

Assalamualaikum.

2013
Taklah begitu menggembirakan. Aku salah seorang insan yang tak peduli meski tahun baru menyapa. kenapa? sebab dah terlalu serabut nak exam. 2 hari 3 paper. how about that? hohoiii...tak boleh jadi lagi kejam ke wahai penyusun jadual exam? ah, merungut disini pun tak mampu ubah waktu exam kan. still kena melalui hari-hari itu dengan penuh ketabahan. aku rasa aku asyik mengeluh pasal exam je kebelakangan ni. aku cuma rasa kosong kosong kosonggg...*sambil buat tangan bentuk kosong gaya shiro maharajalawak mega*

esok balik uum balik. ahhh, stress nak balik asrama untuk 5 hari sebelum balik lepak kat rumah balik. habis paper 6 haribulan ni aku nak balik goyang kaki kejap sebab last paper on 14th january. jauhh kan.  tapi minggu ni sungguh tough..sobs. doakan aku tak tersungkur di depan dewan exam.

by the way, have a nice day people! (^_ _^)

Love, Mira

Monday, December 31, 2012

Au Revoir 2012

Assalamualaikum..

Akhirnya, sampai jugak di penghujung disember yakni penghujung tahun 2012. Rasa setahun tu taklah lama tapi tak jugak sekejap kan. Macam-macam jadi tapi still aku terus berdiri teguh. Perghh..teguh sangat padahal asal stress je makan sampai tak hingat dunia lepastu nangis sorang-sorang dalam shower..hehe.

Tapi sebenarnya tak kira apa jadi kita kena kuat. Masa happy kena ingat, masa susah pun kena ingat jugak. Ingat apa? Ingat pada Pemberi segala nikmat ini. Alhamdulillah untuk segala nikmat kesenangan dan kegembiraan yang Dia kurniakan dan Alhamdulillah jugak untuk segala ujian yang Dia berikan kerana itu semua menjadikan aku lebih matang dan tabah. :)
 


Love, Mira

Thursday, December 27, 2012

Of First Final Paper Today.

Assalamualaikum.

Hari ni first paper. Memandangkan ianya english then aku taklah stress sangat. A good start actually. Tapi risau jugak sebab ini first time belajar english dengan cara dan gaya berbeza. Kalau aku tak rujuk past year mau nangis tengok kertas soalan..hoho. Tapi kalau tengok past year pun sama jugak sebab sem ni diaorang set format yang berbeza sikit. But at least kita dah alert dengan bentuk soalan walaupun bukan seratus peratus sama.

Oh, nama subjek ni process writing. Stage pertama english ni kita panggil english communication atau nama glamer dia kita panggil e.comm I. Lepastu  kena ambik e.comm II dan stage ketiga process writing. Kalau tak pass satu stage, takleh further seterusnya, kena bagi pass dulu baru boleh proceed. Lepas habis ni ada lagi business and profesionnal communication dgn satu lagi apa nama ntah, aku lupa. Kira semua ada lima stage. Tapi kalau band muet bagus boleh skip beberapa stage..hehe. Tolonglah tau yang muet penting kat U tapi taklah penting gila.

Apa aku nak merepek hari ni? 
Hmm..aku cuma terfikir yang lecturer proces writing aku sangat awesome! Dia suruh kita add facebook kot ada benda tanya tapi malu kan. Ingatkan setakat tu je. Tapi dia sangat rajin. Buat revision sepanjang hari dengan student melalui facebook. Waktu tu aku rasa facebook sangat membantu. Maka, rugilah orang yang tak add dia. Sapa suruh berlagak? Sapa suruh malu-malu kucing? 
Ah, malu kau kat tempat yang salah..too bad!

Sangat-sangat terima kasih untuk Miss Nadzatul.
Ianya membantu walaupun baru hari ni aku berkesempatan online.
Even sekejap je aku sempat usha facebook dia tapi it worth it.
Aku buat revision dengan re-check balik details yang penting dalam paper ni.

Insya-Allah everything will be just fine :')
Oh, i'm sure i will miss your class Miss Nadzatul.
You're awesome.
Thank you for everthing.


Love, Mira