Hari ni aku nak cerita pasal orang yang berubah hati.. Aku tiba-tiba terfikir andai orang yang aku sayang-sayangkan selama ni berubah. Memang takut dan takda siapa yang akan dapat menjangka benda akan jadi kan. Kecuali la kalau memang dari awal lagi dah ada niat nak berubah kan. Aku dah tengok banyak contoh.
Masa akhir-akhir sem dulu banyak gila orang ada masalah ni dan kebanyakan berakhir dengan perpisahan. Dari najwa, tikah dan alny..aku banyak tengok kesedihan dan kesukaran untuk melepaskan mereka yang damn tu pergi.Harap-harap mereka tetap tabah dan dapat cari pengganti yang lebih baik. Ok, aku pun taktau kenapa aku melalut sampai macam ni. Mungkin sebab lagu ni:
Thursday, June 23, 2011
Sunday, March 27, 2011
Aku Dan Kawan-kawanku...
Aku ada banyak kawan sebab aku memang suka berkawan. Masa mula2 masuk tadika dulu aku tak pernah takut tak ada sebabnya mak aku cikgu tadika situ, kalau takda orang nak kawan ngan aku, mak kan ada..hehe. Tapi banyak ja kawan yang aku dapat. Aku ngan kawan2 tadika kawan masa tadika sampai darjah 1 ja. Lepas tu, aku pindah dan lost contant ngan diorang. Kalau diorang lalu depan aku sekarang ni pun memang sumpah aku tak kenal. Aku mungkin ingat nama tapi kalau rupa tu..tak kot. Aku susah nak ingat muka orang.
Akhir tahun ni, keluarga aku pindah perlis balik jadi kemungkinan untuk jumpa semula kawan tadika tu memang tinggi lah. Mesti mak bising kalau dia tau aku tak ingat kawan2 aku ni. Mak aku memang boleh kata konfem ingat diorang lah. Lagipun mak aku jenis mesra alam, memang segala salasilah family kawan2 aku tu pun dia tau. Tapi tak heran pun, dah tu kampung dia memang lah dia kenal mak bapak kawan2 aku tu.
Masa pindah kat kelantan aku baru darjah 2, innocent lagi time tu. First time kot pakai tudung pegi sekolah. Konon2 nak buat anjakan paradigma lah, masa darjah 1 aku free hair..besa lah, mak aku tak bagi pakai masa tu, takut aku ambik tudung tu buat lap tangan lepas makan..haha. Ok, masa tu memang takut takda kawan. Paling aku takut, aku tak faham sepatah apa yang diorang cakap. Aku cakap utara diorang cakap kelantan memang macam itik ngan ayam. Demi untuk elakkan malu sebab tak pandai cakap kelantan aku diam ja. Sampai ada sorang budak ni tanya aku nama apa. Aku excited gila, ada orang nak cakap nak aku. Dan kami pun berkenalan..lepas 2 bulan, dengan tunjuk ajar diorang aku dah boleh cakap kelantan dah. Dah terer dah masa tu tapi kat rumah masih cakap utara lagi, yang tu takleh buang punya.
Tuesday, March 8, 2011
Bengang!
Terbaek lah, bila dah siap keja pastu tak sempat save dan at the same time laptop buat hal...wattehell.
Mira.
Mira.
Wednesday, March 2, 2011
Tak Jadi Give Up
Sejak setengah tahun lalu, aku asyik stress. Sampai saat ni pun masih rasa lagi. Kalau ikutkan hati memang nak give up. Taknak buat homework, taknak baca buku, taknak pegi kelas..semua aku taknak buat kecuali makan.. Tapi rasa sayang pulak kalau tak usaha sekarang.
Alhamdulillah, sekarang mak ngan ayah aku dah mula faham apa yang aku nak sebenarnya. Dah bertahun aku cuba bagitau apa yang aku nak tapi diorang taknak dengar. Diorang tetap anggap aku mira yang dulu. Suka baca buku, rajin buat homework, suka bertanya, pandai..tapi tak. Aku bukan mira yang tu lagi. Mira yang tu hilang sikit demi sikit dari hidup aku.
Jadi, setelah beberapa tahun merasa jadi loser..takdak arah tujuan. At last, hujung minggu lepas aku temui asa. asa tu kalau dalam bahasa mudah harapan lah(saja nak tunjuk skill tatabahasa aku..hehe). Jadi lepas balik cuti, ada perasaan nak berubah sikit.
Final exam dalam sebulan lagi, memang kena speed kali ni. Aku ni cepat hilang semangat. So, hari2 kena ambik masa untuk muhasabah..tabah lah mira. Untuk mereka yang seangkatan ngan aku, selamat berusaha juga. Dan paling penting, tabahlah kawan..
Love, Mira.
Wednesday, February 23, 2011
Aku Tak Jumpa Silver Lining..
Kelas english pagi tadi kitaorang main game yang lukis kat whiteboard pastu kawan-kawan kena teka ayat, ada satu kata2 yang aku suka iaitu every cloud has a silver lining. Aku pasti semua orang tau apa maknanya. berbekalkan keyakinan yang memang akan ada hikmah selepas segala kesusahan, aku pun sangat lah positif hari ni.
Lepas kelas english pukul 8 pagi tadi sampai lah 4 petang tadi, macam takda apa-apa yang menyenangkan hati pun. Kelas dinamika yang sepatutnya cancel tapi tiba2 diorang kata ada, combine dengan kelas sebelah. Baru nak bergembira tak payah turun petang..waaaaa. Tapi mengenangkan aku yang tak berapa terer pasal negara sendiri aku pun gagahkan diri turun..belajar kewarganegaraan ya hari.
Sampai pukul 4 pegi cubical kimia nak hantar assignment 100% yang kena buat 6 copy tapi aku buat 5 je..kena tambah lagi. Dan yang menariknya kena jawab satu soalan on the spot baru berjaya dapat 100% tu. Nak jadi cerita, dapat soalan yang paling aku taknak..nganga setengah jam nak buat mechanism yang sebenarnya 5minit pun da boleh siap da(untuk orang yang terer ya, bukan aku). Nasib baik puan yang ada smiling face tu suruh datang balik esok, dia bagi chance..fuhh..lega.
Friday, February 11, 2011
Jumaat Yang Di Nanti
Jumaat adalah hari yg sangat2 penting dalam hidup aku ni. sebabnya hari jumaat ja lah aku rasa mampu bernafas dengan tenangnya. Aku ada masa nak makan tengah hari sambil tengok movie dengan room8 aku, tak perlu susah2 makan laju2, boleh sembang ngan kawan lama2, boleh gosip sesama..hehe.
Orang yang pernah masuk matrik tentu dah familiar ngan kesibukan dan kemeluatan bila duk kat matrik ni. aku dah cukup meluat dah ngan hidup matrik ni. Ada orang kata hidup matrik ni singkat tapi sweet tapi aku kata tak. Sebabnya jadual pack gila. kalau ada gap dalam jadual kira boleh sujud syukur dah. lecturer pulak berdedikasi yg amat, asal gap ja nak buat extra kelas. Bagi orang macam aku yg kapasiti otak tak cukup besar..otak tak sempat nak absorb memang rasa nak gila, otak jem pastu mula nak mengamuk kat kawan sebelah yg sebelah mata ja boleh jawab soalan yg lecturer tanya. Saat tu rasa sungguh lembap dan stress.
Oleh sebab itu, aku sangat berbahagia dengan kedatangan hari jumaat..jumaat kelas half day ja. Petang dah boleh tersenyum gembira.hee. Tapi esok kegembiraan jumaat tu separuh ja sebab sabtu ada kelas ganti, 8 to 4 lah.. tak dapat lah nak enjoy hujung minggu puas2. Tapi takpa..aku redha dah. lagipun tak lama dah pun nak tinggalkan matrik ni..
Love, Mira.
Subscribe to:
Posts (Atom)