Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!
Tiba-tiba macam termasuk roh rajin menaip. Jadi haruslah aku bercerita ibarat tiada hari esok. Cuba datang roh malas, toksah cakaplah, sedih. Oh ya dengan berbesar hatinya aku nak bercerita how my raya yang telah dilalui selama ini, gittew. Sebenarnya takda la menarik sangat cuma mungkin one day bila sudah tua dan banyak yang dilupakan, boleh refer belog sendiri untuk refresh memories. Jadah apa, rasa narsistik sangat baca belog sendiri tapi tak apalah kalau aku tak baca siapa lagi nak baca kan? Haha.
Beraya di Perak.
Sejak 2008 kami beraya di Perak kerana grandparents sebelah emak sudah tiada. Kalau tidak, dulu kami mengamalkan sistem bergilir untuk mengelakkan pergaduhan ummah. Sekarang, 2015 hanya tinggal Tok seorang sahaja. Tok ialah perempuan manakala Tokwan adalah lelaki. Kenalah describe sebab orang selalu confuse bila aku kata 'Tok'. Tokwan telah pergi pada tahun 2012, he's such a fighter. Itu nanti kita cerita. Sekarang cerita raya.
Perak kampung di mana? Trong! Bukan sawi, lengkuas, halia, peria mahupun petola. Trong ya! Ejaan Trong tapi aku rasa memang merujuk kepada terung sebab balai polis Trong ada replika terung purple. Mungkin ejaan ikut dulu-dulu. Ah malas nak fikir. Pernah dengar tak? Kalau perjalanan dari utara nak ke Lumut/Pangkor memang akan melalui Trong dan melalui kampung aku. Cumanya rumah tok aku tersorok lah. Takdanya aku melambai-lambai rombongan menaiki bas ke Lumut/Pangkor dari tingkap rumah tok aku. Suatu ketika dulu, ketika masih bersekolah, bila aku tanya dimanakah daerah kita duduk ni? Mereka menjawab, kita duduk di daerah Larut, Matang dan Selama. Rasa nak mencarut juga sebab hei kena pilih lah satu. Lumpsum ni sebab sendiri confuse ke macam mana kira. Redha ja lah. Bila orang tanya jawab saja, Larut, Matang dan Selama bukan Larut Malam Semalam ya. LOL.

