Assalamualaikum...
Bunyi macam berani sangat nak masuk Mei padahal semak banyak ni. Sampai takut nak tengok schedule sendiri sebab bersusun rapat huhu tapi tak mengapa, susah pun kita tempuh. Dan Ramadan pun dah tak lama kan. Seperti tahun lepas memang akan sambut sendiri ja tapi extra lonely compare dengan tahun lepas sebab roommate i dah balik Iraq. Syahdu juga ni tapi iyalah dah dewasa ni, memang gini la. Semoga sempat bertemu Ramadan tahun ini :)
Banyak benda aku nak tulis tapi tertangguh sebab mood dan masa. Pasal pengalaman keja, sambung belajar kat sini..semua tu lah. Simpan untuk kenangan sendiri dan mungkin juga dapat bantu orang yang mencari maklumat, sama macam aku dulu. Aku ni sejenis apa-apa aku search dulu kat internet, dari nak pegi interview, nak buat exam bertulis apa-apa, sambung belajar mahupun sekecil nak pi makan kat tempat yang aku tak pernah cuba. Mesti rasa pelik kan? Aku ni sejenis kena check menu dan harga sebelum pi makan kat mana-mana dan lepastu check system bayaran kedai tu macam mana. Biasanya pi sendiri sorang-sorang so memang kenal google semua benda sebelum pi at least taklah noob teruk.
Sangat banyak benda yang aku baru experience sejak duduk UM ni. Jadi triple berdikari compare dengan zaman degree dulu la. Kalau tak berdikari pun kena paksa diri berdikari juga. Nak harap siapa lagi kan? Tapi aku bersyukur lah, sekurang-kurangnya aku ada keluarga yang supportive dan sekumpulan kawan yang ada masa susah senang.
M.