Monday, March 24, 2014

Hujung Minggu Punya Cerita.

Jumaat lepas aku dengan hati separuh rela pegi ke satu sekolah di Kuala Nerang, ngajo budak-budak english. Ala ala english camp katanya. Hati aku separuh rela sebab..keja lain bertingkat dah tu nak kena tinggal uni. Aku ni jenis kalau pegi dari uni lebih dari sehari semalam, momentum hilang. Balik cuti midsem toksah cerita lah. Macam mabuk oo..taktahu hujung pangkal dah kekdahnya. 

Tapi memandangkan masa kecik-kecik berangan nak berbakti pada nusa dan bangsa, aku pun gagahkan diri dengan muka senyum manis-kelat bangun pagi tunggu bas ke lokasi program. Jujur, aku benci budak-budak. Kalau baby tak boleh bercakap, haa yang tu aku suka! Bukan apa budak-budak ni aku bukan reti handle pun. Dah sah sah aku garang, penyabar jauh sekali. Masa mula tahu kami kena buat program kat sekolah aku terus rasa krenggggg *guruh*..kilat sabung menyabung lepastu petir panah pokok sebelah aku, mujur aku baring atas tanah..fuhh. Berpeluh aku. Nightmare oh nightmare..

Kalau adik sendiri lain la..suka jugak la. Aku gagahkan diri suka adik aku..tu pun separuh masa aku menyampah, inikan pula nak suka adik orang. Nampak tak betapa aku tak penyayang. Aku sayang kaktus mickey aku ja tapi tu pun dah tiga minggu tak kasi siram..kahkah. Ha, berbalik kepada cerita, program ni khas untuk semua pelajar form 2..sebaya adik aku lah sebenarnya budak-budak ni. Pening jugak lah nak ngajo apa ke budak-budak ni. Dah la jurulatih kami kata depa punya english hmm..tahu tahu lah. Aku pun sekolah kampung, memang english kena work hard dua tiga kali orang bandar la. Kalau orang bandar yang jenis english sedih tu, aku syak dia mabuk. Tak ikut environment betul sorang-sorang dia takreti english..eh. Hehe.

Saturday, March 15, 2014

Kesempatan

Dunia ni seronok juga sebenarnya. Bergaduh inginkan itu ini sebab rasa diri sendiri bagus. Finee..

Aku bosan bergaduh berebutkan sesuatu yang aku rasa tak perlu. Dalam satu group esaimen aku, semua berebut nak bagi idea itu ini sampaikan apa yang aku cakap langsung taknak dengar. Aku sedar lah muka aku ni memang ala-ala bodoh dan tak reti apa-apa. Tahu. Lama dah aku tahu. Memandangkan aku malas nak buat apa-apa sebab bodoh kan..aku pun bertukar jadi opportunist. Ya, si pengambil kesempatan dalam kesempitan..kahkah.

Keji. Aku tahu. Tapi saja aku nak tengok sejauh mana mereka boleh pegi. Go group mate! Punyalah tak pedulikan aku si opportunist ni, diorang nak senyum pun malas. Okay. Oh, tapikan keja taknak assign ke aku lepastu emosi aku tak buat keja. Dia punya emosi bukan marah-marah tu. Dia punya emosi jenis silent treatment anggap saja aku tak wujud. Haa, cenggitu.. So, cuba bagitau wajar tak aku jadi opportunist? Hahaa..

Wednesday, March 5, 2014

Teman Baru Aku, Si Kaktus Mickey.

Assalamualaikum.
Hari ini aku dapat kaktus mickey dari seorang sahabat. Tak pernah aku dapat kaktus atau segala jenis tumbuhan dari sesiapa. Tumbuhan orang aku pernah dapat pun semua dalam bentuk makanan. Sekarang cerita dia..aku mana pernah bagi komitmen sepenuhnya kepada sesiapa. Kalau kaktus ni mati adakah aku tergolong dalam golongan tiada sifat maderly? Ahh bagaimana mahu kahwin kalau kaktus sebiji eh ke sepohon ni tak mampu aku jaga? Lagi haru kaktus jenis ni membuatkan kau gatal kalau tersentuh durinya. Dah, satu keja pulak. Aku letak kaktus tu depan susunan buku. Maka, makin tak ku sentuh la buku akademik aku. Alasan kukuh..kahkah.

Ingatkan kaktus tak susah dijaga..bila aku buat refleksi diri..aku rasa besarnya komitmen aku dengan sang kaktus. Kena tukar pot bila dah makin besar iaitu tak lama lagi. Kena siram air. Yang itu tak apa, dua minggu sekali pun boleh..kata kaktus kann..hoho. Aku kena beli sarung tangan khas untuk bolehkan aku tukar pot kaktus ni. Ingat nak pakai tuala saja tapi gila apa kalau tetiba bulu duri sang kaktus melekat terus. Mahu menggila aku kena duri sang kaktus.. Oh ya, pasal pot kaktus aku tak kisah. Mujur ada bekas cawan porcelain aku yang sudah patah telinga. Tak sangka berguna jugak cawan tu..tak sia-sia aku simpan junk kat dalam kotak rahsia..haha. Rahsia sangat. -..-

google
Lebih kurang begini kaktus mickey aku. Tapi kaktus aku bertelinga tiga. Unik, macam tuan dia. Okay, self claim..haha. Tapi kalau aku tak claim aku unik, orang takkan perasan kan? Kahkah. Sejak bila konfiden level aku setinggi ini..puiih la mira.

To kaktus mickey,
Aku tak pernah tanam pokok dan bagi sepenuh komitmen. Selalu emak dengan bapak yang sambung komitmen aku tu..haha. Memandangkan kau aku punya, dan hanya kita berdua di sini, mohon bersabar dengan aku. Tutup telinga bila aku maki group esaimen aku tau. Tak bagus untuk kau. Dan jangan membesar cepat sangat. Kalau besar sangat kau aku tanam dekat uum ni, nak? Jangan lupa doakan aku setiap hari. Selamat datang ke dalam hidup aku kaktus mickey. ;)

Terima Kasih pada yang memberi. ^_ _^
Mira.