Saturday, June 29, 2013

Random Thing.

Assalamualaikum.

Apa yang lebih indah dari meng-update dikala ada kat rumah sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aaaaaaaaaaa...indahnya. Ayat nak bajet happy gila ja padahal normal pun duk rumah sebab selang dua minggu memang bertapa kat rumah pun..hehe.

Sementelah kat rumah ni seperti biasa memang hari-hariku dipenuhi dengan lecture oleh beloved emak dan ayah. Oh, kalau kau pernah jumpa mereka mesti faham lecture apa yang harus aku dengari saban hari. Kadang-kadang best jugak, kadang-kadang bosan sebab lecture berulang. Nak tegur kang kesian pulak, emak/ayah tengah excited nak bercerita cam tak baik pulak potong mood kan. Dah tahu pun buat muka excited jugak..hehe. :P

Monday, June 17, 2013

.

i give up on you. i can't take it anymore. i can't love you..don't you see?
why don't you just let me go?
let's not meeting each other in the next semester..shall we?
economy..we're not meant for each other.
go find your own soul mate. don't came back to me.

sincerely, me.

Sunday, June 16, 2013

Tenang.

Assalamualaikum.


Esok last payyperrr...Wohooo..teruja gila nak habiskan sem ni. Sejujurnya aku tak berapa nak bahagia dengan subjek sem ni. Semuanya serabut perut. Sebab tu rasa bahagia bila dah nak habis. Dan selepas tu berharap tak kena repeat...Takmau repeat T_T.

Habis ja exam petang esok aku terus lari balik bilik angkut barang dan zasss sampai depan pintu rumah lah kita..yehaa! mohon aina mai jugak esok, boleh jadi tukang angkut barang..hehe. Adik-adik memang harus dibuli. :P

Dan seterusnya cuti 3 bulan. Tengah terfikir nak buat apa nanti. Keja? Seperti mustahil kalau aku pi keja. Kenapa? Sebab rumah pun tak terjaga masih ada hati mau keluar cari keja. Ceehhh sangat.

Friday, June 7, 2013

Current Day.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.
Esok hari sabtu a.k.a hari exam mikro. Oh yeah, paper killer. Bagi aku la, kalau orang lain tak rasa killer lah kot. Pasaipa killer? Sebab banyak keluk. Akulah manusia pembenci keluk kalau nak tau. Ekonomi ni sangat annoying sebenarnya. Ntah kenapa sesat ntah kena ambik paper ni. By the way, doakan yang terbaik untuk aku demi esok dan paper seterusnya.

Lepas habis exam terus zuppp balik rumah..haha. Okay, ada lagi empat paper. Ya, empat! Tapi tak kira nak balik jugak. Rumahku syurgaku katanya..haha. Bila stress ni rumah lah tempat terbaik nak menenangkan diri. Bagi yang tak dapat balik, jangan sedih-sedih. Perantau memang begitu. Go go!

Banyak gila nak share sepanjang ketiadaan aku ni tapi idea hilang. Time dalam shower banyak pulak idea keluar kan. Patutkah aku bawak laptop dan bertapa dalam shower demi secebis idea? Ok, tak patut. Sendiri tanya, sendiri jawab. Nampak tak mental breakdown di situ.

Rasanya cukup kot luahan perasaan untuk kali ini.
Bagi yang ambik exam jugak, Goodluck! All the best! (^_^)v



*pic:google

Love, Mira.