Assalamualaikum.
Aku seorang yang talkative iaitu banyak-banyak-banyak cakap. Punya nak tunjukkan betapa banyaknya aku bercakap. Tapi aku biasanya takkan bercakap dengan orang yang aku tak rapat. Kadang-kadang dengan orang aku baru kenal pun aku kemain pot pet pot pet..usia perkenalan tak berapa penting yang penting adalah tahap persefahaman antara dua pihak.
Oh, sebanyak mana aku bercakap pun bila aku bad mood memang secara magiknya aku akan diam. Kerana kadang kala bila diam tu buat orang lebih terasa. Cakap banyak kadang-kadang tak berguna kan?
Sebenarnya payah jugak hidup dalam era yang menegaskan golongan diam ini sebagai lemah. Lemah sebab tak menegakkan keadilan. Lemah sebab tak memprovokasi pihak lawan. Lemah sebab hanya diam sambil gosok mata.
Aku tak selemah itu cuma terlalu malas untuk melayan perkara merepek. Terlalu malas nak bergaduh dengan manusia tak faham bahasa. Terlalu malas nak membiarkan orang menyakitkan hati aku. Terlalu malas untuk menunjukkan keegoan aku.
Dengan itu aku pilih untuk diam. Biarlah dia memperbodohkan dirinya.