Kelas english pagi tadi kitaorang main game yang lukis kat whiteboard pastu kawan-kawan kena teka ayat, ada satu kata2 yang aku suka iaitu every cloud has a silver lining. Aku pasti semua orang tau apa maknanya. berbekalkan keyakinan yang memang akan ada hikmah selepas segala kesusahan, aku pun sangat lah positif hari ni.
Lepas kelas english pukul 8 pagi tadi sampai lah 4 petang tadi, macam takda apa-apa yang menyenangkan hati pun. Kelas dinamika yang sepatutnya cancel tapi tiba2 diorang kata ada, combine dengan kelas sebelah. Baru nak bergembira tak payah turun petang..waaaaa. Tapi mengenangkan aku yang tak berapa terer pasal negara sendiri aku pun gagahkan diri turun..belajar kewarganegaraan ya hari.
Sampai pukul 4 pegi cubical kimia nak hantar assignment 100% yang kena buat 6 copy tapi aku buat 5 je..kena tambah lagi. Dan yang menariknya kena jawab satu soalan on the spot baru berjaya dapat 100% tu. Nak jadi cerita, dapat soalan yang paling aku taknak..nganga setengah jam nak buat mechanism yang sebenarnya 5minit pun da boleh siap da(untuk orang yang terer ya, bukan aku). Nasib baik puan yang ada smiling face tu suruh datang balik esok, dia bagi chance..fuhh..lega.