Goodbye Past! Hello Future!

Assalamualaikum

Aku berangan. Berangan masih di bulan November padahal check calender opss December kau. Yang opps tu bukan sebab apa sebab 1 December birthday emak aku..iaitu hari ini haha. Masih macam tahun lalu juga, aku tak bagi hadiah apa pun..sebab duit tak punya akan ku cari jugaaa oooo aku sudah biasaaaaaaa~

Mungkin tahun depan emak dapat hadiah lah kot. Sabaq noh..eh tapi takyah tunggu birthday kalau ada duit bila-bila pun che belanja mak..hiho. Eh kalau bagi menantu boleh kira hadiah juga kan? Hari tu mak hingaq sebab katanya menantu sorang pun takdak lagi..amacam dah bersedia kah emakku? Haha takpayah tanya, che tau mak takmau menantu kan saja cari pasal nak kelai (baca:kelahi).

Orang kata emak dengan anak yang muka copy paste ni angin dia lain macam. Apa tu macam clash of personality ka apa ntah. Well, yes i admit it. Aku dengan emak can't stand each other for long time. Macam kalau tak kelai sehari boleh bisul mulut kami ni haha. Tapi kelai on silly stuff ja..perempuan kan suka cari pasal benda remeh. 

Anyway, HAPPY BIRTHDAY MAAKKKK!
Che akan teruskan cari pasai dengan emak..kehkehkeh.

Oh ya, walaupun Oktober lepas konvo harini baru tergedik nak upload gambar. Nah, terimalah sekeping gambaq yang perlukan banyak usaha. Penat aku baling topi tu..grr. Lepas pre-convo punya photoshoot aku digigit binatang apa ntah dekat kelopak mata. Pegi ambik skrol dengan mata bengkak sebelah. Kalau close up gambar konvo, aku punya mata sepet. Nampak serupa too happy sampai mata tak nampak padahal heyy mata aku nak bukak pun payah. Eh, ter-emo pulak lol.
Thankyou Acue untuk gambaq ni , one of the bestfriend sepanjang degree life aku :)



Goodbye Degree's Life! Hello Future!
M.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers