Tuesday, October 7, 2014

Oktober dah?!

Intro seperti terkejut. Okay sejujurnya acah terkejut saja..lol. Biasanya aku memang lupa diri..bila bukak blog, tengok last update..hoihoii dah sebulan tak ber-update malasnyeww ittew padahal terbongkang hari-hari. Sebulan pertama semester 7 hmm banyak hoi dugaan seperti baby boo iols buat perangai..selama 5 tahun tak pernah buat hal tetiba bamm melayang duit begitu saja. Mujur dah baik, aku redho..yang pasti baby boo tu bukan pakwe. Pakwe takleh panggil sweet cenggitu, panggil 'hang' pun dah kira ok dah. Bila masuk zaman up panggil 'awak' itu paling up aku boleh pegi. Takda zaman 'papa-mama'. Itu kira puiii!! kau berhak terajang aku kalau aku guna 'papa-mama' dalam percintaan. yeww geli sebut percintaan.

Orang kata aku hati kering, ego, selfish, garang hah apa ntah lagi..sampai aku dah lupa jadah apa lagi. Kiranya kalau dalam novel akulah antagonis dalam love-line aku sendiri. Tapi tahukah anda hati kering ni penting tau tak? Sebab bila hati kering takdalah kau meroyan bising sana sini tiap hari bila kau kena tinggal. Takdalah kau setiap kali bergaduh nak publish dekat satu dunia. Kau rasa kau bergaya macam Adele la? Never mind i'll find someone like youuuuuuu~~~ Tak, kau gaduh hari ni, esok lusa pakwe kau kasi bunga sogok rasuah kekonon sweet, dah berbaik balik. Jadi tak rasa bodoh ke yang emosi publish rasa hati tak semenggah kau kat dunia itu hari? Oh puhleaseee. 

Lagi satu, takpayah la nak rasa hebat sangat dapat pakwe baik, kacak, kaya, bergaya dan kekonon Mr. Perfect 10 tu. Walau aku pun taktau natang apa Perfect 10 tu. Tapi aku kira perfect gila lah sampai gila pun tak se-perfect gitu haa. Hmm gini la cik gadis sekalian, mohon tahu jodoh tu dah ditetapkan jangan gigih sangat mempertahankan sesuatu yang kau pun tak pasti. Kau rasa kau lah paling padan dengan si kacak bergaya ittew walau satu dunia menentang..jangan sampai aku nyanyi lagu shilalalalat ok. Bila ada manusia menentang, kau kena reflek diri sendiri. Mesti ada something wrong. Tolong lah tau bukan semua orang keja nak men-dengki dengan kau, kosser lah. Kadangkala orang concern dan taknak kau berdepan dengan kecelakaan di masa depan. Nah, aku letak label kecelakaan terus.

That's why my dear kita kena hati kering dan go on. Kalau nak perang baling balang kuih raya ke nak sweet muweet tahap kencing manis kena potong jari kaki pun, kau share dua orang je boleh? Sebab orang nak benci ni lagi senang dari nak suka. Dan lagi satu, tolonglah jangan bajet malaikat tiada dosa dan mahukan pasangan yang 'sempurna tiada cela'. Kau, aku, dia masih manusia biasa..hari-hari buat dosa. Keep that in your mind. Sebenarnya kan aku rasa macam tergelincir dari landasan ni. Bukan aku tengah cerita pasal baby boo aku ke..yang tetiba masuk nasihat percintaan ni apakehei? lewls betul mira ni.


Sekian. Assalamualaikum.


5 comments:

  1. Replies
    1. hahaha bukan awak la aimi. ini khas utk manusia super obsessed ni. i know you're not included. hehe

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. garangnyeeeeee hehe betul lah. couple sweet muweet penuh facebook twitter wechat insta segala. break, krikk krik krikk. pastu bila org tanya pasal pakwe dia (or maybe ex pakwe dia), nak mengamuk kata tak sensitif lah sengaja sakitkan hati lah bla bla bla apa lah, padahal kita tak tahu sebab sunyi sepi. hahaha. k panjang bye

    ReplyDelete