Posts

Showing posts from March, 2012

lelaki tak tahu.

Some guys don't realize how long something they say or do can stay in a girl's mind.
Assalamualaikum.

Pernah alami tak benda ni. Oh well, kalau anda perempuan aku rasa mesti pernah berada dalam situasi ni kan walaupun sekali. Aku sendiri memang jenis suka ingat benda yang kadang-kadang crap dan nonsense pada padangan orang lain. Aku rasa aku banyak berfikir sangat lah. Dan secara terang dan nyata itu bagi impak buruk pada emosi aku. Oh, aku nak mengaku aku ada masalah kecelaruan emosi yang amat rumit bila exam dah nak dekat..what should i do? T_T

Berbalik kepada quotes tu. Korang rasa berapa lama masa korang ambik untuk lupakan apa yang boyfriend/tunang/husband cakap? Maksud aku bila diorang cakap sesuatu yang negatif atau sensitif pada korang. Contohnya;

a) apasal awak nampak gemuk eh. dua tahun lepas slim je saya tengok.
b) ex girlfriend saya si Ana tu ajak saya keluar. boleh tak? ala, kitaorang just nak lepak-lepak je.
c) apasal awak makeup macam ni? dah macam opera cina da…

bila hati rasa penat :')

Image
Assalamualaikum.


Bila dah fikir balik aku pun taktau kenapa aku buat semua ni. Hati aku penat, otak aku penat.. Aku nak give up. Seriously aku sangat penat dengan semua ni. Mungkin aku patut jauhkan diri dari kau untuk seketika. Aku perlukan ruang. Aku harap kau tetap akan gembira tanpa aku.. :')


Mira.

tragedi coklat cadbury.

Image
Assalamualaikum.

Tajuk tragik sesekali adalah harus. Tapi takda lah tragik mana pun kalau nak dibandingkan kena rotan dengan mak sebab balik lambat..hehe.Ok, berbalik pada topik coklat cadbury, kisah ni jadi bila aku naik bas ekspress tahun lepas. aku kan pengguna pengangkutan awam yang sejati jadi kalau pegi mana-mana tanpa family wajib lah naik bas. Train bukan taknak naik tapi stesen jauh. Kira yang paling mudah dan mesra rakyat adalah bas.

Masa tu aku nak ke ipoh. Maka dari sintok ni ambik bas pegi shahab kat alor setar dulu, then lepas tu beli tiket ke butterworth dulu sebab nak pegi ipoh terus bas tiada, ada malam sahaja. Oh, tidak! Tak sanggup aku nak nganga dua tiga jam demi sebuah bas. Jadi, aku pegi lah naik bas ke butterworth dengan perasaan yang separuh berani. Separuh je sebab aku sorang-sorang, kalau ada kawan memang berani tanpa ragu-ragu lagi..hehe.

Dalam pukul 6.30 macam tu aku pun sampai kat butterworth dan terus cari tiket, dapat lah pukul 7 punya. Ok lah kan setaka…

seseorang seperti kamu :)

Image
Assalamualaikum.

Lagu ni dah lama popular walaupun macam ketinggalan sebab baru sekarang nak post tapi nak share jugak..hehe. By the way, aku suka versi ni lagi. Sori Cik Adele..:))



Love, Mira.

no reason.

Assalamualaikum.

Entah kenapa aku rasa cepat sangat kecik hati kebelakangan ni. Aku jadi sensitif. Aku susah nak kawal diri bila perasaan tu datang. Mungkin sebab aku tak pernah luahkan apa yang sebenarnya aku rasa pada sesiapa. Aku lebih senang pendam apa yang ada kat dalam hati aku ni. Jujurnya aku tak suka cerita masalah aku kat orang lain. Awkward bila nak luahkan since apa yang aku rasa ni unexplainable feeling. Aku taknak tambahkan masalah orang lain dengan masalah aku yang ntah apa-apa.

Just because my eyes don't tear doesn't mean my heart doesn't cry.  And just because i always comes off strong, doesn't mean there's nothing wrong.

Love, Mira.

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers