Tuesday, October 4, 2011

kerana aku tak mampu.

Assalamualaikum.
Aku semalam bukak facebook, usha life orang lain. Biasa la, bila rasa blur tak mampu berfikir, haruslah cuci-cuci mata kan..hehe. Kadang-kadang best jugak jadi stalker ni. Tapi aku stalker yang berhemah la. Dalam pada best stalk orang tu, tetiba aku terjumpa profile seorang kawan masa kat matrik dulu. Disebabkan dia punya profile picture gambar berdua, maka aku pun tertarik la nak usha kan. Selama ni sepanjang dua tahun kenal dia memang tak pernah tengok dia ada boyfriend.

Lalu, aku dengan gembiranya usha la gambar-gambar yang ada..sekali...dia dah kawin? Aku macam..err..
blur barang seminit dua. Lepas tu sedar diri balik. Memang dia dah kawin lah. Takkan la berlakon kawin kot, dah sah-sah tu gambar kawin. Bukan photoshoot untuk butik pengantin ok..hehe. Aku pun terus wish dan sembang sikit-sikit dengan dia. Tengok wedding diorang tu simple je but nice! Sebenarnya ni lah first time aku cakap selamat pengantin baru kat kawan aku sendiri. Rasa berdebar-debar tau!*baru wish je kot, dah rasa nervous belum aku yg kawin lagi..haha.

Jadi semalam banyak la aku sembang dengan kawan-kawan aku, topiknya kawin la. Of course ahli yang join forum tu tak lain tak bukan si Amee, Alny dengan Sharfa. Tapi kami sembang asing-asing la. Amee dengan impian dia yang nak cari husband terus, dah taknak boyfriend segala bagai. Alny pulak masih mengubat duka katanya. Masih menanti mr.right. Sharfa baru baik dengan boyfriend dia. Kira macam dunia kembali bersinar la. Dia tunggu that guy keja dulu then baru fikir nak tunang ke apa. Sharfa sejak aku kenal dari form 4 lagi memang ada impian nak kawin awal.

Aku? Maaflah, aku tak mampu! Bukan taknak tapi tak boleh!! Aku tak rasa aku mampu. Aku dah la malas..kalau kawin kena jaga husband kan..adeh. Sungguh, aku tak mampu. Tanggungjawab tu berat sangat. Mana nak fikir study lagi, husband lagi, rumah tangga lagi. Setakat sekarang yang nak urus hidup sendiri je aku dah tak larat. Apa lagi nak tambah tanggungjawab. Takmau la.. Perkahwinan sepatutnya jadi pengalaman yang manis dalam hidup. Aku takmau rosakkan kemanisan tu dengan perangai aku yang tak matured. Aku dah la suka buat perangai..hehe.

Jadi, kesimpulannya aku tak bersedia nak kawin awal. Ni sebenarnya nak bagi jawapan untuk birthday girl hari ni, si Nurul yang celebrate birthday dia yang ke-19. Dia duk tanya-tanya sangat kat facebook tadi kan. Nah, jawapan panjang sikit..haha. Nurul, sila la jangan bagitau encik zaza pasal blog ni. Nanti dia keja nak gelakkan akak je. Takmau takmau..haha.

ini nurul. gambar curik facebook..hehe. sori nah.
Lupa nak bagitau, Nurul ni junior masa aku sekolah dulu. Dia memang mulut pot pet pot pet jugak. Ramah mesra di mana jua..hehe. Tapi maaf, hatinya dah dimiliki encik keding. Tak payah la simpan niat nak ngorat dia..it's too late bebeh! Last but not least, happy birthday Nurul Hasniza!!! May Allah bless you..Sekian.




Love, Mira.

6 comments:

  1. ehem ehem! haha. thanks kak miraaa! weee. apa neh keding keding? HAHAH~

    ReplyDelete
  2. perghhhhhhh..zaza you...kelas kau jah

    ReplyDelete
  3. nurul, tu pesanan masa hadapan..keding harus ada! haha.

    ReplyDelete
  4. faiqah, kwn2 dia ska pnggil cmtu, aku ikut je..haha. mcm nama kucing pun ada..ehehe.

    ReplyDelete
  5. hahaha. takmau keding keding. zaza cukoppp!

    ReplyDelete
  6. setahun sekali ja sebut. time besday ja..haha. kata i'll remember u kan..hehe.

    ReplyDelete