rasa bagai kacang lupakan kulit..wuwu..

Assalamualaikum.
Hehe..rasa tertanya-tanya tak sebab apa aku bagi tajuk entri seperti di atas? Okay, tak tertanya-tanya pun..aku je gedik sensorang. Anyway, lupakan itu aku nak cerita rahsia aku ni. Err..takla rahsia sangat sebenarnya tapi ramai yang tak tau..tu kira rahsia jugak lah kan? kan?

Macam ni ceritanya..masa kecik-kecik dulu mak aku sibuk dengan kerjaya dia sebagai cikgu tadika. *Sekarang pun sibuk jugak. Jadi, tak dapat la dia jaga aku sepenuh masa time baby dulu. Lalu, aku sebagai baby yang baik dan mendengar kata ni pun duduk la kat rumah babysitter aku. Tak jauh pun..selang empat lima buah gitu je..hehe.

Sebenarnya boleh je kalau mak aku nak letakkan aku kat rumah tok aku. Rumah tok aku kat kampung sebelah je tapi jenis parents aku ni tak suka kacau orang tua mereka. Berdikari! Nampak tak mak ngan ayah aku dah bagi hint dari azali..."jangan suruh kami jaga cucu bila kami dah tua nanti"..wuwu. Maka dengan itu kami adik beradik memang ada babysitter masing-masing.

Disebabkan aku bakal pindah ke rumah lama yang mana berdekatan dengan rumah babysitter aku dulu maka aku pun dah lama jugak la tak pegi ke rumah dia. Raya hari tu pun tak sempat singgah, kejap sangat pegi sana..cuma sempat tengok rumah kitaorang yang tengah di-renovate lepastu gosip sat dengan pakcik Sari dan makcik Na sebelah rumah..hihi. Aku bukan taknak pegi tapi segan la. Aku kan dah besar panjang..

Dan..
Pagi tadi masa on the way nak pegi kelas..aku dapat call. Wonder jap sapa call aku pagi-pagi ni. Aku pun angkat la..ada suara perempuan..tapi aku tak kenal lepastu dia pas fon kat sorang pakcik ni. Bila pakcik ni start cakap je aku dah tau dah..ni pakcik a.k.a suami kepada makcik babysitter aku nih. Aku panggil dia ayah nyut..comel tak? hehe.. Babysitter aku tu aku panggil maklong kadang-kadang mak je. Tetiba aku rasa bersalah gila sebab lama aku tak update dengan diorang padahal sebelum ni selalu jugak la..wuwu. Rasa macam kacang lupakan kulit..

maaf lah..~

Selalunya kalau ada masa memang aku lawat diorang kat sana tapi ni sebab hidup aku macam tunggang langgang lepas habis matrix hari tu..aku macam lupa pulak.*sila tampar aku sebab tak concern..wuwu..  Selalu kalau raya aku call diorang tapi tahun ni tak jugak..sibuk dengan hal atok aku dengan nak masuk u bagai. Oh, aku seseungguhnya lupa! Akulah kacang yang lupakan kulit itu..wuwu. *nasib baik tak jadi tanggang..hehe.

Kalau ayah aku yang sebenar tau mesti dia marah. Ayah aku memang jenis strict sikit bab relationship ni..kena jaga. Dia cakap even diorang just babysit aku tapi diorang la yang selama ni layan aku masa mak ngan ayah sebenar aku keja. Kira macam mak ngan ayah yang sebenar jugak.. Ayah aku pernah cakap, kalau apa-apa nanti kena inform diorang jugak. So, bakal suamiku. Sila la bersedia untuk berjumpa dua buah keluarga. Kalau salah satu tak approve naya la..hehe.


p/s: saya nak mintak maaf kepada keluarga babysitter saya yang dah lama saya tak call..wuwu. Maafkan daku! Bajet macam diorang baca blog aku lah kan..haha. Saya sedar saya lupa dan lalai. Mintak maaf. Kepada keluaga saya juga mintak maaf tak call lagi minggu ni..tunggu hujung ni na..hehe. Saya sayang anda semua!! Oh, lupa..keluarga angkat ni lah rahsia tu..ramai taktau..hee.


Lots of Love, Mira..

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers