Tuesday, January 1, 2019

Bonjour 2019, Adieu 2018!

Assalamualaikum.

Kelip-kelip mata dah masuk 2019. Oh, tidaklah semudah kelip mata saja, bergolek, reyau, tenyeh kepala kat dinding, restless days, sleepless nights and there how my 2018 goes. High and low seiring bersilih ganti. 

Januari-Febuari
Prepare untuk progress report dan busy buat keja. Masih keja under kontrak dengan Dr. S. Still, the best days of my life. Oh, Lisa got engaged on January kalau tak salah. Ok, memang sejenis short term memory gak sejak bertambah usia ni haha. Then, we got hiccups but never mind, solved after few months. Back to our normal self. 

Mac
Lisa got married. Ye, penting jugak event tu sebab kang nak mengenang si Faiqah retak tulang kaki sebab ter-slip jatuh sebab laluan pejalan kaki tinggi rendah takdak tanda amaran. Sekarang gelak la, masa jadi tu kita stress like eh kaki kau retak ka patah ka terseliuh weh? Mujur petang nikah malam resepsi, settle majlis dalam satu hari. Sampai berpeluh la si Faiqah nak tunggu majlis habis. Dan ini juga kali pertama aku stay di hotel sorang. Takut jugak tapi dude aku tido ja lah. Guess what, nak review tapi malas aduh duh duh...

April
Here come my birthday month and frankly speaking, hello stressful life! Gituh emosi dia. Laptop yang dah berusia sepuluh tahun decide to stop working. Newest write up aku hilanggg langgg langggg bagai ditiup angin kencang. Oh, aku ada rant pasal betapa stress aku time tu. Bought secondhand laptop. Alhamdullilah ok sampai sekarang.End of my contract. Dr. S recommend keja dengan kawan dia, i accepted the offer. Just four months and i felt miserable. Oh, juga menghantar roommate aku, Israa pulang ke Iraq for good. Stress tu semakin berkembang since suddenly you lose someone you can talk to. Hujung April aku decide untuk balik bercuti. Had enough of those stressful day. Crying a river or a pond i don't know...luls. Macam biasa balik rumah adalah penawar terbaik. Blessed.

Mei
Again, balik rumah lagi sebenarnya untuk PRU sebab kali pertama ya. Haruslah sedikit ciwi. Oleh kerana undi hari rabu yang aneh dan penuh agenda tu aku extend cuti sendiri ja, mujur la memang dapat cuti extra. Oh, we stayed up until 3am or 4am kot tunggu keputusan. Dan kerana undi rabu tu aku dapat attend kenduri Lisa side Perlis. And did my drift lepastu aina freakout gila hahaha sorry lah na kak hang tak suka drive bila drive jadi gila haha.

June
Raya. Kurang sikit dah Rayazilla moment aku tahun 2018 ni. Kita tambah tradisi baru raya kita dan aku personally rajinkan diri record raya moment dengan cousins and family untuk kenangan. Balik Sg. Kerang dan lepak kat Taiping, terjah Antong Coffee Mill lepastu pi sungai kat Pecah Batu on the way balik rumah. Here comes sembang pagi sambil rancang nak buat family day. 

Julai-Ogos
Bulan lepak dengan kawan-kawan. Almost every weekend ada jumpa kawan. End of my four months contracts. Rasa bebas, aku memang balik bercuti lama almost sebulan ka lebih sebulan entah. Serius aku mula rasa benci nak keja, benci sebab that's exactly what i hate to deal with. Aku consider diri aku pemalas lalu aku memang tak suka buat benda sama dua kali. Buat keja betul-betul, prepare yourself and you can expect for the best. Tapi working with people yang suka hentam kromo lalu keep on repeating the same BS all again, i felt tired. That's the second time aku rasa burnout buat kali kedua dalam empat bulan. Ogos, aku lari balik Perlis nak tenangkan hati. Drama betul bunyinya.

September
Raya haji yang best. Try kibas buat kali pertama, Sedap! And got no allergy yeah! :) Jumpa dengan semua orang yang aku nak jumpa on raya haji. We had kenduri, makanan kampung style. I'm more than happy. Sibuk potong bawang, tumbuk kacang, cuci pinggan mangkuk dan sembang dengan sedara-mara. I love this walaupun lepastu penat sebab sepanjang hari buat keja haha. Then, back to KL. Stress dengan keja again sebab i have to get a job. I need money! We had plan.

October
Bertabah start new contract. Sibuk study travel itinerari untuk Sabah dan prepare untuk book accomodation. Memang pening dengan nak baca review dengan nak contact owner. Yang bagus, reply within hour, ada yang hmm tiga empat hari baru reply. Stress juga sebab kita nak jaga bajet lepastu takut fully booked. Aku pulak kalau dah tanya memang biasanya 70% sure nak book. Kalau aku rasa vibes tak best memang aku cancel. Oh, also Israa coming to Malaysia for her convocation ceremony. Now, i can proudly call her Dr. Israa :)

November
Things we have been waiting gituh! Our girl's trip ke Sabah. 7 hari free dari fikir pasal keja, tinggal ja benda annoyed yang hang takmau ingat. Oh, trip ni trip dengan kakak, sepupu dan maksedara semua usia beza selang setahun saja. Aku plan nak tulis pasal trip ni tapi well dalam perancangan ya. Harapnya aku ada kerajinan untuk tulis semua. Sebab aku harap tulisan aku mampu bantu orang yang cari maklumat macam aku. Thanks untuk blogger yang rajin tulis maklumat especially pasal travel. Really help me a lot.

Disember
The happiest day bila balik cuti krismas dan our long awaited family day. Chaotic gila la dua hari satu malam kita stay di Teluk Senangin. Piknik, sukaneka, mandi laut, kutip siput, bbq dan tukar hadiah. Wasn't much tapi everyone participated. Aku plan nak tulis pasal family day ni sebab kita kenalkan dua game yang memorable untuk sukaneka. Maybe idea tu orang lain boleh guna untuk family day diorang. Super fun! Aku sambung cuti di rumah. Refresh diri sendiri untuk tahun baru, cabaran baru.

We're lucky!

It has been a very tiring and confusing year. Confuse sebab kadangkala kau rasa eh cepatnya masa berlalu dan kadangkala kau rasa eh lambatnyaaa aku terseksa. Paham tak? But, hey we survived 2018! Aku harap 2019 lebih membahagiakan dan menggembirakan. Part sedih tu aku harap aku boleh go through it. Aminn.

Bismillah to the new beginning... ;)


M.

No comments:

Post a Comment