Monday, January 15, 2018

Sabaidee 2018

Assalamualaikum.

Godek balik entri tahun baru aku di tahun-tahun yang lalu, memang tabiat masuk pertengahan Januari baru reti update ala-ala "Hello New Year!". Dasar! Tapi tak mengapa. Dari azam tahun lalu aku belajar sesuatu. Kalau nak capai azam jangan pernah letak misi nak kuruskan badan. Sebab itulah tu yang akan menjadikan azam tahunan aku tak tercapai. It might work for you but not me..hehe. Banyak draft dibiarkan begitu saja sebab malas nak edit. Tak tahu lah orang lain tapi aku sejenis lepas tulis kena baca konon proofread sebab kalau typo aku sakit mata. Proses tu lama sebab tengah-tengah baca kang distractions datang dan sukar pulang. Gituh la. Cari alasan perkara mudah..haha.


2017 memang tahun bittersweet untuk aku. 

Januari
Aku menulis pasal kehidupan semasa, struggle menghadap jem nak balik raya cina dan bermulanya semester baru. Oh juga struggle nak masak pakai rice cooker..hehe.

Febuari
Kehilangan grandparents terakhir, Tok aku. Aku bersyukur balik raya cina sebab itulah kali terakhir aku jumpa Tok dengan keadaan dia masih bernafas. Honestly, i do feel the differences masa nak kembali semula ke KL lepas cuti habis. Berat hati.

Mac
I did not write anything rasanya aku busy dengan tugasan. Tambahan, aku ambik tiga subjek semester tu. Ambik tiga subjek are heavy enough. Berat yang rasa macam nak tumbuk orang sebab task banyak dan kurang masa nak membaca.

April
Kembali dengan food review acah-acah pro sebab rasa macam sayang pulak tak share. Juga dengan tips untuk interview sikit. Yalah, kalau berguna apa salahnya share kan.

Mei-Oktober
Wa dapat baby girl, aku sibuk dengan kerja, tulis proposal dan juga part time. Phsyically and mentally exhausted lalu takdak mood nak menulis sangat. Kalau ada pun merepek ja.

November
Tikah kahwin dan aku travel (lah sangat) dengan Alny padahal balik rumah ke Perlis dan lepak Kuala Nerang untuk the wedding. Pah tak cuti lalu kami dua ketoi ja lah. Penat, balik terus demam la. Aku macam biasa, kalau kenduri mesti demam punya. Kontrak sejak lahir.

Disember
Oh, paling dinantikan..sebab aku balik kampung sebab stress. My proposal defense on 18th. Juga ada family road trip ke southern part Malaysia. Dah sampai Tanjung Piai, itu highlight utama. Nak share gambar tapi itulah tak semenggah..luls. Oh juga cuti dua minggu, masuk tahun 2018 baru kembali ke KL. Juga insiden kelakar dan bodoh aku buat lalu tertangkap sebelum nak keluar date. Dasar keluarga penyiasat! Penatlah nak tepis soalan-soalan lalu aku kenalkan kekasih gelapku yang kini sudah terang ahaha. Tak, ni bukan kekasih gelap as in banyak kekasih, gelap in term of kau hanyalah bayang-bayang. Gituh. 3 hari depa gelakkan aku. Nanti kalau aku rasa sudi nak share kebongokan aku yang nyata, aku share sini.

Teluk Senangin, Disember 2017

2018 ni aku cuma harap aku dapat GOT, banyakkan saving dan cari kerja sesuai. Takmau banyak, kurus sikit pun jadi lah. Eh tadi awal entri cakap jangan masukkan part kurus dalam azam ye dak. Cis, dasar melayu mudah lupa! Oh ya, kurus terpaksa sebab Mak aku organize challenge paksa rela di mana semua orang kena loss 5kg kecuali Aina, kena gain 5kg. Siapa kalah kena denda, siapa menang ada hadiah. Hadiah apa? Ha, itu yang kita taktau tu..


M.

2 comments:

  1. Salam singgah dan follow :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete
  2. its my Pleasure to read your blogs post are very exelent thanks to give good informasion
    regards
    http://www.iandmystory.com/

    ReplyDelete