Monday, June 12, 2017

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum.

Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang percaya hang akan berjaya dapat straight A SPM tapi hareeeem nak buka buku seminggu sekali pun payah. Usaha takdak, lepastu berangan nak berjaya bullshit betul perangai gitu. Feeling remaja sangat pakai contoh SPM haha.. Tiap kali lepas SPM aku macam aku kira dah berapa tahun benda tu berlalu dan fuh terdiam sejenak sebab tua weh =_=

Oh previous post aku macam dramaqueen sikit sebab pikir pasal duit kan.. Don't worry bebeh i'm fine..in few days i dapat gaji..wehaa. Rezeki itu ada, kalau rasa susah, DOA. Dah, jangan sampai aku masuk mode setazah. Silap-silap terceramah lima perenggan satgi..mau pening baca. I survived! Selain daripada mak ayah yang menghulur sedikit sebanyak, bisnes iols ok la jalan jugak so ada sumber kewangan tambahan di situ..amin. 

Zaman sekarang ni biasalah bila orang buat dua kerja pada waktu yang sama kan. Dah banyak dah orang buat bisnes as part time. Personally aku rasa ok ja, asalkan tugas hakiki tak terganggu..tak guna barang pejabat untuk kepentingan bisnes sendiri, tak curi masa bekerja untuk buat bisnes. Kalau masa rehat, lepas waktu pejabat aku rasa ok ja. Bisnes ni banyak benda nak kena pastikan, terlalu mencabar walaupun hang sekadar menjual air tebu di bazar ramadan. Sedapnya air tebu, balik rumah nanti nak request la.

Aku ingat lagi Kak Dila, ex-roommate aku masa di UUM dulu selalu pesan, kalau awak nak bisnes awak kena pastikan awak jujur dan ikut prinsip muamalat yang betul..kena ingat pegangan agama sebelum awak fikir pasal untung. Waktu tu aku tak mula meniaga pun lagi, hanya borak kosong dengan Kak Dila. Lama juga aku fikir nak buat bisnes apa, apa yang mampu handle dan sebagainya. 

A year after that baru aku mulakan bisnes kecil-kecilan aku, tahun 2014 kalau tak salah aku. Tu pun sebab lepas timbang habis apa yang aku nak buat. Belajar pasal bisnes dengan praktikal tak sama guys. Kalau buat task lecturer yang suruh meniaga pun still tak sama, sebab task tu selalunya bersifat sementara (satu semester contohnya). In real life, hang kalau boleh nak berniaga dan nak bisnes hang sustain as long as you want lah kan. Nak mulakan bisnes tak susah, nak kekalkan bisnes tu yang payah. 

Sejujurnya ada phase aku nak mengalah, banyak kali. Tapi asal nak mengalah ja banyak pulak orang pm tepi tanya weehee. Oh yang menariknya aku masa mula setup bisnes memang zero lah lepastu sampai harini aku tak pernah jual kat kawan-kawan aku. Eh tak, ada dua orang ja kawan aku yang aku pernah jual iaitu roommate aku, Syaza dan kawan praktikal aku, Yanie. Oh ya, aku jual handsock ja..so taklah widely use macam shawl or blouse so aku memang fokus kecil-kecilan saja. 

Kalau hang nak mulakan apa-apa bisnes yang penting pada aku ialah hang kena yakin dan buat research sikit la. Kena ada juga la plan strategi hang macam mana. Kalau tak banyak pun at least hang ada startegi sikit-sikit, by the time hang run bisnes hang akan improve la. Aku tak sarankan skincare especially sekarang banyak skincare mercuri..weh seram kot. Atau jual fake kosmetik, unauthorized contact lens dan fake braces. Dan juga aku tak sarankan dropship, ini jika hang sejenis macam aku..kena ada barang depan mata baru reti jual. Aku tak reti nak explain benda yang aku sendiri takda experience, ni kira kelemahan aku la kot.

Cuma sekarang ni konsep aku, aku pentingkan pelajaran, kemudian kerja aku dan last sekali baru bisnes. Set your priorities straight guys and insyaAllah good things will come. Gituh, alamak termasuk mode setazah..biasa la bulan ramdon kan. Kalau hang surirumah dan belum ada anak or ada anak sorang dua, boleh ja hang mulakan bisnes ni. At least ada income, lepas la nak shopping tudung raya. Motif? Perempuan kan kalau ada seratus tudung pun tetap ada masalah tudung tak matching dengan baju..LOL. 



Salam Nuzul Quran ;)
17 Ramadan 1438H.
M.

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum. Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang perc...