Friday, May 5, 2017

salah diri sendiri

Aku salahkan diri sendiri sebab tak proaktif. Bulan ni confirm aku akan suffer gila nak tunggu ianya berakhir. Sebab gaji bulan ni forward ke bulan 6, gila tak? Rasa macam nak jual semua barang yang aku ada haha. Puasa ja lah hari-hari sampai bulan puasa sampai boleh tak? Haha. Aku tak risau tak cukup makan. Alhamdulillah stok makanan rasanya mampu bertahan sebab aku memang beli barang kering untuk masa hujung minggu. Kadang tu rezeki roommate masak, lecturer belanja so bab makan tak risau. Aku risau tak boleh bayar rent on time, bayar ptptn on time. Semak ok kalau tak bayar on time. Rent tu tak kisah sebab office sini setakat dua bulan dia bolayan ja sebab tau kau akan bayar jugak by hook or by crook. Pt lah aku risau sikit sebab confirm naik tunggakan itu..redha ja lah. Dah dapat gaji nanti aku bayar lumpsum dua bulan. Bencilah rekod tak cantik. Aku memang ada masalah ni, aku benci tengok rekod tak cantik. Dulu masa praktikal aku tak pernah ambik cuti apa pun, masa jadi cikgu pun aku tak pernah ambik cuti. Zaman sekolah lagilah, pernah dapat hadiah kehadiran penuh 100%. Masa form 5 ja aku tak datang sekolah banyak kali sebab sakit..itu pun cikgu pelik apahal tak mai sekolah, rare. Exception untuk zaman matrik sebab zaman itu rebel teruk haha to be exact masa second year.

Look forward to June. 41 hari menunggu gaji..LOL. Silly me. T_T
Kalau ada post makanan biasalah itu backdated. Sekian.

M.

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum. Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang perc...