Sunday, April 16, 2017

Serai Pavillion With Girlfriends

Ohmannn ini delayed punya cerita ni.
Ianya sebelum Chinese New Year hari tu ;p

Ok this time aku keluar makan dengan my Awesome A, jika anda sudah agak lama membaca belog ini pasti dah tau..siapakah mereka itu. Masalah sekarang ada orang baca lagi ka belog ni? Aku rasa aku sorang ja baca lel. Tapi tak mengapa, aku memang takdak masalah kalau sembang dengan diri sendiri pun, self talk gitu hah.

Pada hari tersebut emm malas nak buka insta check date, aku adalah lewat..dalam dua jam lewat sebab aku kerja. Dan nak jadi cerita kerja aku perlukan aku duduk dan siapkan at certain place, tak boleh bawak balik dan siapkan di mana-mana sahaja yang aku suka seperti kebiasaannya. Kebiasaannya aku siapkan kerja aku dalam bilik sama ada di meja study ataupun sambil bergolek di atas katil. Kadang tu sempat la tidur petang ataupun makan jajan sambil tengok movie. Wei ni keja ka curi tulang? Mesti hang terdetik nak tuduh macam tu kan. Takpa, lain post kita cerita pasal nature kerja aku. Panjang pulak aku explain macam lupa noktah nak letak kat mana adoi. 

Ok, berbalik kepada hari kejadian..hanya aku, El dan Pah sahaja yang berfoya-foya kerana Tikah jauh di utara. Hmm macam ada rhyme disitu..kagum sat. Keputusan untuk keluar ni dibuat selepas El ada cuti apa tah sebab sebelum tu yang aku selalu jumpa adalah Pah. Maka, rezeki la dapat jumpa bertiga walaupun tak cukup geng, tak apa. Tempat dipilih oleh Pah sebab taktau pasaipa perempuan tu nak pi Pavilion, aneh kot. Sampai la ni Pah tak jawab soalan aku yang ini, why Pavilion?? Nampak, aku pun curious tak habis lagi ni. Bagi aku pi Pavilion macam takdak apa! (excuse me please, poket menyedihkan seperti aku memang takmau pi tempat sebegitu) T_T


Berbalik kepada makanan, aku memang tak reti food review ni sebab melalut pasai event yang tak perlu adalah lebih daripada cerita pasal makanan. Kami lunch di food court KLCC, memang tak ambik gambar sebab aku lambat dah. Sampai ja beli makanan, ngap! Depa dua aku taktau la..hehe. Depa dua makan makanan Korea apa aku pun taktau yang aku sempat tengok ada kimbap enam ketul (tu pun kalau ingatan aku buat kiraan betul). Aku, makan makanan kebiasaan food court yang teragung (at least for me) sizzling!! Tapi taklah teragung sangat sebab aku dah reti buat sizzling yang sedap hehe *flip bawal-disclaimer: pandangan anda sama ada bawal itu sejenis ikan atau tudung tidak mempengaruhi kemerepekan kisah ini*

Usai makan, pi solat zohor dan terjumpa someone bukan artis tapi famous. Lalu aku dengan El duk 'eh yaka dia tu? macam dak ja?' lepastu cubaan peek nak pastikan betul ka tidak. Memang betul, sebab El confident gila, pastu bangga dengan kebolehan dia mengecam manusia famous. Cerita pasal orang famous ni aku malas nak layan sebab confirm El nak start cerita pasal boyfriend khayalan dia, Zul Arifin. Hey, taktau berapa juta kali aku nak kena dengar dia punya kisah head over heels kepada lelaki yang peratus depa nak jumpa tu mungkin 20% pun tak sampai. Ni kalau El baca ni mesti dia bising kat aku hahahahaha i don't care! 


Setelah itu, kami bersama-sama la ke Pavi atas sebab yang aku pun tak faham sampai la ni (masih tak puas hati..haha). Pasaipa panjang sangat ni, dah berapa perenggan tapi food review tak masuk lagi wuwuwu penat la. Ok, kami makan kat Serai ni sebab orang kata pavlova dia sedap. Sebagai manusia pertama kali makan pavlova aku rasa ok la, so-so ja. Ya, aku jarang makan manisan kalau makan tu sebab teringin ja which is very unusual. Berbalik pada pavlova Serai ni, kalau berdasarkan gambar ni kami bertiga setuju bahawa yang bukan pavlova tu lagi sedap. Ampun tak ingat nama dan bukan ada resit kat aku pun jadi aku taktauuuu. Nak recommend pun fail la gini. Yang aku tau dia macam ada kacang pistachio (kot) sedap! Dan rasa tak muak serta yang paling penting tak manis sangat. Espresso tu aku punya so aku tau nama dia haha..kena kecam sebab minum tak letak anything, pahit gila. Aku suka ja tapi sebab nak share aku letak la sedikit kemanisan untuk dikongsi bersama. Still, depa rejek  pelawaan aku sebab letak gula pun pahit. Sedih, kan? #StoryOfMyLife


Dan, ya itu gambar nak buktikan memang time CNY, siap tanglung bercahaya lagi hah. Cerita makan tu seciput ja, yang merapu jauh tu punya la banyak perenggan. Sorry la aku memang mudah hilang kawalan lalu lari tajuk.

M.

No comments:

Post a Comment