Review: Herb Day 365 Cleansing Foam Lemon-TheFaceShop

Assalamualaikum


Herb Day 365 Cleansing Foam Lemon TheFaceShop
RM 20.03 (termasuk GST)
Boleh dibeli di mana-mana kedai TheFaceShop
Juga secara online di Hermo.my

Aku dengan sedikit kerajinan insyaAllah akan cuba mengulas produk yang aku guna. Nope, tidak dibayar. Semua memang spend duit sendiri saja. Seperti namanya yang panjang berjela dan ada nombor 365 disitu, aku rasa sebab nak bagitau isinya banyak, sesuai dan mampu bertahan sampai 365 hari. Ada sesiapa boleh bagi pencerahan kenapa namanya begitu? Kalau salah benda aku tulis ni bagitau ya. Dalam siri 365 ni, ada 5 pilihan: Lemon, Peach, Aloe, Acerola dan Mung beans. Boleh baca lebih lanjut di laman faceshop sendiri atau di link hermo tu, tengok mana satu yang sesuai dengan kulit anda. Sebelum ni aku pernah cuba yang Peach, kali ni cuba Lemon pula. Untuk Lemon ni memang bau macam lemon, masa guna yang Peach tu taklah bau peach sangat. Hmm apa punya penerangan la aku bagi ni.

Berkesan ke? Nak kata berkesan gila tu taklah. Tapi semakin meningkat usia ni kulit aku makin sensitif, kalau banyak sangat bahan kimia muka aku rasa pedih. Kalau tak salah aku, perkataan tu 'rengsa' kan? Muka rasa pedih dan tak selesa. Untuk siri TheFaceShop 365 ni bagi aku memang bagus sebab kulit aku tak rasa rengsa tu. Dan 365 days kot, save gila duit aku. Oh ya, kesan berbeza untuk jenis kulit berbeza. 

Recommended untuk student sebab save cost nak beli pencuci muka, boleh tahan cukup lama sebab guna sikit pun dah ok dan meliputi seluruh muka. Kecuali kalau muka hang sebesar gajah, yang tu pakai satu tiub ni sebulan pun tak boleh, maybe dua tiub sebulan. Kamon la muka aku yang lebar dan cuci dua kali sehari ni pun mampu pakai almost 8-9 bulan camtu kot. Taktau exact berapa bulan tapi memang lama baru habis satu tiub ni. Yang aku pasti less than 12 bulan a.k.a 365 hari sebab kalau balik rumah/kampung semua orang bantai ja pakai cleanser orang lain. Sama ada atas faktor nak try produk baru, lupa bawak balik cleanser sendiri ataupun saja nak save cleanser sendiri jadi marilah guna cleanser yang ada di dalam bilik air. Jadi bila cleanser hang dah menjadi public property memang habis lagi awal la dari expcectation.

Sekian.

p/s: Dear Faceshop, nama clenaser ni ampa tak boleh panjang lagi ka?

M.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers