Thursday, January 12, 2017

Keadaan Semasa

Exam aku dah berakhir 29 Disember 2016 yang lalu. Lega part tu tapi berdoa la semoga tak sangkut. Dah lah mahal satu paper pun, aku rasa sebab bayar based on jam kredit. Satu jam kredit RM 180 dan setiap satu jam kredit = RM 10 kena bayar untuk yuran peperiksaan. Yang tricky dia walaupun paper tu takdak exam still RM 10/jam kredit masih di charge. Taktau la kot boleh pi tuntut kalau untuk paper yang takdak exam. Kalau pi tuntut tu, aku boleh dapat RM 30. Banyak kot, lepas untuk makan beberapa hari tuuu..

Lepas habis exam aku enjoy new year holiday, ambik cuti 3 hari termasuk hari exam tu. Best gila balik rumah eh rasa macam cerita dah dalam previous post..hehe. Dan yeah sekarang kembali ke realiti hidup aku. Zaman undergrad dulu, lepas habis final exam memang raya sakan..terus balik rumah bercuti sebulan dan lupa diri sat. Sekarang dah berbeza, kena balik ke universiti semula..takdak cuti semester macam dulu. Sedih.

Sedih sebab apa? Pertama, kena menapak jauh sebab mostly cafe memang tak bukak di ketika cuti semester ini. Dan harini dapat tau cafe yang aku selalu bungkus makanan untuk dinner tu last day dia beroperasi adalah yesterday..huhu. Sedih sebab kuetiaw goreng dan tomyam depa sedap. Nasib baik la semalam aku paksa diri pi beli makan kat sana walaupun malas gila nak bersiap salin baju semua. Tak sangka last day. Mujur aku beli tomyam kalau dak, kempunan ni mana nak cari kedai depa. KL ni nak jumpa yang murah dan sedap memang ahaha macam dak ja nak jumpa kan.

Kedua sebab jadual perjalanan bas dalam kampus akan jadi sejam sekali haha maknanya apa? Yeah, exercise time!! Sukaaa sangat. Biasa bas gap 20 minit sekali, ini cuti semester terus sejam sekali like hell, memang taklah nak tunggu. Aku rasa yang otak aku boleh kira sekarang ialah naik bas 1 trip lepastu jalan kaki. Sebab biasa aku keluar pi beli makanan ja. Kalau hari-hari tertentu kena pi office bos aku, tu ja. Tapi boleh kira hari-hari aku keluar. Weekend aku plan nak mereput ja dalam bilik, tengok drama ka..mungkin aku spesies pemalas jalan kaki. Wei, 20minit kot aku kena jalan kaki tapi itu tak apa lagi. Yang penat tu suasana tu kadang macam seram jugak la sebab orang tak ramai, sunyi. Seram wei. Aku penat sebab rasa minda aku restless..kena pikir contingency plan. Prepare for the worst gitu.

Assalamualaikum.

M.

No comments:

Post a Comment

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum. Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang perc...