Tuesday, January 31, 2017

Balik Kampung, Ubi Kayu & Raya Cina

Assalamualaikum.
Dapat long weekend memang seronok, sangat seronok tapi sakit pinggang wei. Sakit pinggang sebab duduk dalam kereta lama sangat, 10 jam wei sepuluhhhhh jam di atas jalan raya yang pada waktu normal hanya makan masa 3 jam perjalanan balik ke kampung aku di Perak. Masa bertolak balik, 7 jam nak sampai kampung, naik mai KL balik 10 jam hanya mampu berhuhu. Nak tido pun dah takdak mood sebab dah habis meter orang kata. So, jika hang mengikuti ig aku yang sendu, aku ada share instastory sikit la perjalanan 10 jam aku semalam.

Balik kampung best macam biasa lah. Dapat makan lots of seafood yang takkan aku makan di KL ni sebab mahal dan apahal nak makan seafood sedap sorang-sorang. Aku taktau lah orang lain kan tapi bagi aku adalah lebih baik tak makan seafood daripada makan tapi tak segar, preparation tak bersih dan mahal pula harganya. Ye, aku cerewet. Walau orang duk kata Manhattan Fish Market best lah, fresh aku tetap rasa uh-oh tak fresh mana pun cuma harga dia bolehlah tahan. Kakak aku pun rasa gitu, jadi maaflah aku memang takleh makan kat situ.

Pagi sebelum bertolak balik ke KL kakak dengan mak ngah paksa adik lelaki aku cabut ubi kayu. Fresh gila pastu boleh tak pakej dengan tanah aku angkut bawak balik bilik aku. Semua macam 'whaddehel hang nak buat dengan ubi ni?' gitu ha lepastu aku kenalah kekwat sambil menjawab 'iols ada rice cooker okay'. Ok, over kan..haha. Aku dah lama lapar ubi kayu, dapat ubi kayu rebus pun jadilah walaupun takdak sambal bilis untuk dipasangkan. :)

Beli sambal tempe+kacang+kentang..jadilah daripada takdak. Ini terlebih rebus sebab lepas boil dalam rice cooker aku biar 'keep warm' pastu tak tutup elektrik jadi kembanglah ia dan lupa bubuh garam. Horror.

Ubi kayu
Jadi itulah sedikit sebanyak kisah raya cina aku tahun ni. Angpau takdak tapi sampul angpau adalah dapat sebab beli set fortune chicken kot namanya di Texas Chicken. Ha, ni tips untuk nak dapat sampul angpau free. Aku nak simpan sampul ni untuk raya aidilfitri nanti..haha. Lantak ah tema tak kena pun, yang penting isinya ye dak? Penerima duit raya tahun ni limited, 4 orang ja..mak, ayah, tok dengan mak ngah (sebab mak ngah jaga tok). Apa ingat aku kaya nak bagi semua orang duit raya? Budak-budak kecik aku bagi sorang seringgit, takyah sampul lawa2.. Sepupu yang dah besar tapi masih belajar memang tak dapat la, depa lagi cantik bergaya kalah orang dah kerja. Cantik bergaya kalau reti menolong kat dapur ada jugak faedahnya, ini tak. Jangan sampai aku berleter pasal ni hoho. Jadi, kesimpulannya memang tak ah aku nak bagi duit raya lalala.


M.

No comments:

Post a Comment