Saturday, December 24, 2016

2016 Wishlist, Checked!

Assalamualaikum


Last year aku gigih juga list down apakah azam untuk 2016 tetapi unpublished sebab yeah, malas! Ada 3, aku pun lupa dah pasal azam ni sebenarnya sampailah satu hari tu aku nak clear draft dalam blog ni supaya tak semak kan. Lalu, aku terjumpa azam 2016. Inilah bukti, bukti tak berapa berpegang teguh pada azam sendiri. My bad..

1. Sambung belajar
2. Cari kerja
3. Brush up my English

Alhamdulillah. Ketiga-tiga azam ini checked! *Masukkan efek bunga api sebab mercun diharamkan*



1. Akhirnya aku sambung belajar selepas setahun lagha dan melalui fasa tidak move on dari kehidupan degree. Boleh tak? Haha. Tak, sebenarnya aku macam terlalu selesa dalam hidup aku. Kakak aku, Am, dia kata aku mengada sebab stay kat rumah macam anak orka (read:orang kaya). Mulanya aku tak perasan pun sampailah tetiba macam tersedar orang lain rush cari keja, aku melepek kat rumah. Ya, masa aku tak keja memang aku full time duk rumah, keluar siram pokok time petang pastu masuk balik. Berbulan-bulan aku hidup begitu. I am fine. Ada orang rasa pelik tapi dah sendiri miskin duduklah kat rumah, sedar diri haha. Tapi rasanya sepanjang tempoh menganggur tu, topup aku ada sekali sahaja ayah belanja. Bulan-bulan yang lain aku topup hasil dari untung bisnes kecil-kecilan aku. Ya, berguna juga bisnes tu.

Oh ya, setelah keliru-bengong-blur aku buat keputusan sambung belajar di UM sebab masa nak apply, paling murah harga no.pin dia, RM50. Boleh apply 3 course dan Alhamdulillah ketiga-tiga ditawarkan kepada aku. Dan yeah, ketiga-tiganya dari bidang yang berbeza dan fakulti berbeza. Dah, masalah juga nak terima tawaran kan. Satu, lebih kepada politik, satu lagi sains dan satu lagi dalam bidang pembangunan. Suka hatiii ja apply kan. Tapi akhirnya aku pilih yang akan buat aku pening, yeah!!!

2. Cari kerja ni menarik jugak la. Sebab terasa loser sentiasa. Oh tapi berjaya jadi guru ganti dua kali, aku sangat gembira sebab aku pun taktahu macam mana ada boleh kekuatan nak jadi seorang guru. Aku ni garang orangnya tapi dimata orang yang tak kenal memang akan rasa "lembutnya awak ni". Nahh, you're dead wrong! Kadang tu aku memilih untuk tidak memberi sebarang tahi (read: i don't give a shit) sebab aku malas. Tiap kali orang cakap aku lembut, patutnya kalau dalam drama ada background music "jangan kejut harimau yang sedang tidurrr.."

Dan Alhamdulillah aku dapat kerja dalam masa aku menyambung pengajian ini. Ya, dapat dua dalam satu. Bila aku apply tu memang berharap juga dapat sebab aku nak belajar pasal research dan sebagainya. Lama juga aku apply macam-macam post dari pelbagai lecturer dan yang dapat ni sangat mudah. Dalam 2 minggu apply, aku dapat email untuk interview. Dua panggilan interview. Malangnya gap interview terlalu dekat, hari sama berbeza 30minit..fakulti berbeza. Aku pilih yang pertama sebab butiran email sangat jelas; tarikh, tempat, masa, lokasi. Email yang kedua hanya menyatakan tarikh dan tempat. Lepas aku email bertanyakan masa, yes, 30minit bezanya dengan interview pertama. Dan aku taktahu lokasi fakulti itu. Terpaksalah aku tolak. Nanti aku ceritakan di post lain lah pasal interview dan sebagainya.

3. Brush up my english. Well aku dok kampung nak cakap english dengan sapa? Siput babi yang makan daun pokok bunga kat tepi rumah ka? Of course english aku berkarat seperti rambut mat saleh ori, yang so much mix tak kira nah. So, disebabkan aku masuk universiti, duduk dalam asrama balik..dapat roommate dari Iraq. Maknanya apa? Cakap english lah aku siang dan malam. Tapi kalau carut cakap melayu jugak haha. Tak sangka aku boleh bergosip dalam bahasa inggeris. Wei, terus aku terasa macam gossip girl xoxo kahkah. Oh dan ya, lecturer memang cakap english..dan ada yang dari luar maka dalam kelas aku cakap melayu kalau gatai mulut sangat dah. Classmates aku semua english tiptop wei..rasa macam adakah aku sedang berada di UK sebenarnya ni? Dengan itu, rajinlah sedikit aku brush up english supaya aku tak ketinggalan.

Ok, dah selesai kisah azam 2016 aku. Alhamdulillah for this year. Tidak sempurna tapi cukup bermakna. Indeed He is the best planner ;)

M.

No comments:

Post a Comment