Media Sosial & Repekan Tanpa Batasan

It's about time. Setiap tahun bilangan post mesti makin kurang sebab idea hilang dibawa arus kedewasaan pehh macam karangan bm zaman sekolah haha. Masa ada, idea tiada. Idea ada, masa tiada. Dah tu kalau dua benda ni tak serasi haruslah tak mendatangkan hasil kan. Maka sebab tulah takdak update. Rasa macam tak relevan dah nak berbelog sebab sibuk berkicau di twitter. Tapi rasanya kalau hang follow aku kat sana mesti rasa macam eh the makcik-makciks bebel sangat si mira nih..lulz sangat tau. I act differently kat socmed yang berbeda k. Kena guna perkataan berbeda baru lah ada feel Ada Apa Dengan Cinta (AADC) kehkeh. Tak sabar nak tahu AADC2 jadi apa setelah sepuluh tahun eh ke lebih? Aku malas nak kira tapi masa AADC aku form 2 or form 3 gitu.

Kenapa kena act berbeda di socmed berbeda? Sebab facebook is sooooo overrated dan dipenuhi makciks pakciks, adiks, kakaks, sistur, brother dan segala peringkat umur. Lepastu warga fb ni selalunya cepat butthurt lepastu tak paham sarcasm. So, malas la nak mulakan kontrobasi yang mampu mencetuskan kecaman ummah. Aku, very the garang one dan status aku mestilah garang-garang je. Takdanya bebi i lebiu sambil tag cendol pulut kat pakwe. Dan sebab naturally kita akan di-stalk keluarga dan sebab makin banyak keluarga join fb, aku walkaway~~ Gituh la. Sesekali upload lah gambo kucingku comel sihat dan cergass *nyanyi gaya sapik rahim* tu pun upload sebab nak kabo teman ni idup lagi ha.

Twitter. Yeah, boleh berkicau membabi buta hmm tapi taklah rajin sangat repek, tengok mood tapi rajin scroll timeline lah layan pergaduhan ummah twitter. Fun tahu! Twitter ni warga dia agak ganas dan sarcasm boleh dijumpai everywhere. Dia macam hey, dude sarcasm is my middle name k! Pahtu kalau grammar salah laju ja kena kecam lalala lantak hang lah grammar nazi. Jenis nak glemer cepat, susah apa, tweet ja benda bodoh mahupun lucah zasss laju ja kau femes k. Tapi hang dapat label femes sebab bodoh la bukan sebab hang best. Banyak ja sistur hijabis yang suka tweet lucah sebab kekonon pegangan dia, aku open minded k, hang kampung old-fashion. Eww sangat tau, sebab kalau bodoh tak apa jangan lucah, jagalah sikit mulut tu. Aku pun kadang caruts juga tapi tak lucah, ada beda ya sisturs.

Instagram. Aku suka scroll tengok gambar cantik-cantik tapi tu lah sendiri malas nak up gambar sebab life aku kan di rumah ja takkan harini upload gambar langsir ruang tamu, esok up gambar langsir bilik aku, lusa up gambar langsir bilik adik aku..padahal langsir sepesen ja. Hambar k. Ke nak aku up gambar tanaman di keliling rumah aku. Heyy mau kena carut berbakul sebab hambar teruk sangat. Ig aku private sebab acah hidupku begitu eksklusif padahaaaall hado..mihmih.

Ok, aku plan nak taip satu perenggan ja pahtu tetiba berjejeh idea sebab ungkit pasal socmed kan. Nah, puas hati aku boleh merepek..wakakaka. Tak kisah lah apa benda pun yang pasti jangan melucah bukan-bukan kat socmed hang. One day confirm nyesal. Use your social media wisely peeps! Peep ni entah ada 's' ke tidak ntah..haih rugi kat belog takdak grammar nazi takdak orang nak betulkan kehkeh. Bye!

Nah, nasi rendang yang takdak kaitan dgn post.


Assalamualaikum.
M.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers