Posts

Showing posts from August, 2015

Perempuan dalam Misi

Assalamualaikum.
Cari keja adalah sukar, cari pasal lagi sukar haha. Apakah lah intro begitu. Aku ada misi, bukan misi kat hospital tu, ini misi hidup erk macam over pulak kalau letak misi hidup. Ini misi pencapaian peribadi dalam hidup, okay, aku nak buat kerepek bawang! Aku suka kerepek tapi tak pernah buat kerepek. Kenapa? Haha sebab kerepek ni perlukan nilai kehalusan yang mana aku, tiada. Buat tu takda masalah, masalahnya bila nak kena slice things halus-halus. Aku boleh nangis kalau tak dapat sehalus yang sepatutnya tapi aku tak boleh slice halus, jadi faham tak tekanan tu? Semoga next post aku upload gambar kerepek bawang kebanggaan aku, bukti kejayaan lah konon. Entah jadi entah tidak.
M.

Raya Sa-orang Mira 2

Assalamualaikum.
Pertama kali aku cakap nak buat part 2 dan termakbul kehkeh. Teruk betul. Oleh itu nak teruskan part 2 yang menceritakan hari raya pertama saya..gitu.
Hari Raya pertama tahun ni aku ada personal mission aiceh macam runningman pula siap personal mission bagai. Oh ya, personal mission aku adalah selepas solat subuh kena terjah toilet untuk mandi. Taknak la bertolak-tolakan dengan kakak adik sepupu makcik pakcik untuk mengatakan 'hang la mandi dulu!' sambil tarik selimut..haha. Kampung tok adalah seperti kampung yang lain juga, air paipnya sejuk yakmat sampai nak menjerit kadang tu. Setiap masa air sejuk walaupun ketika tengahari panas litlit.
Mujur tahun ni kesesakan tidak berlaku dengan teruk sebab tak semua balik beraya rumah tok dan juga dengan pertambahan dua bilik air yang menjadikan total bilik air di rumah tok adalah tiga. Dua bilik air dalam rumah lagi satu di luar sana. Dah macam public toilet pula tapi syok la boleh mengada-ngada pilih toilet mana sat…

Raya Sa-orang Mira

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!
Tiba-tiba macam termasuk roh rajin menaip. Jadi haruslah aku bercerita ibarat tiada hari esok. Cuba datang roh malas, toksah cakaplah, sedih. Oh ya dengan berbesar hatinya aku nak bercerita how my raya yang telah dilalui selama ini, gittew. Sebenarnya takda la menarik sangat cuma mungkin one day bila sudah tua dan banyak yang dilupakan, boleh refer belog sendiri untuk refresh memories. Jadah apa, rasa narsistik sangat baca belog sendiri tapi tak apalah kalau aku tak baca siapa lagi nak baca kan? Haha.
Beraya di Perak.
Sejak 2008 kami beraya di Perak kerana grandparents sebelah emak sudah tiada. Kalau tidak, dulu kami mengamalkan sistem bergilir untuk mengelakkan pergaduhan ummah. Sekarang, 2015 hanya tinggal Tok seorang sahaja. Tok ialah perempuan manakala Tokwan adalah lelaki. Kenalah describe sebab orang selalu confuse bila aku kata 'Tok'. Tokwan telah pergi pada tahun 2012, he's such a fighter. Itu nanti kita c…

arah.

Assalamualaikum.
Pejam celik haha Ogos dah. Last update haritu June krikk krikk hambar betul aku ni. Aku buat apa? Tiada apa. Cuma rutin harian yang sama. Dalam zone transition. Mencari-cari arah kononnya. Kadang tu rasa lalalala okay lepastu in split second rasa bosanggg. 
Oh, ya Selamat Hari Raya! Nanti kalau mood rajin mai boleh cerita how i celebrate my raya gitu without pic of course. Mintak maaf kalau ada terasa dengan aku yang tercarut mahupun termarah eh mana ada itu nasihat tu. Kahkah. Okbye.

M.

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers