Tuesday, June 2, 2015

tamat latihan praktikal.

Assalamualaikum & Hi June!

Masuk June bermakna bye internship and hello report writing! *waive*
Aku pening dengan report yang perlu dibuat dalam bahasa melayu. Bunyi kerek sangat ibarat duk rumah cakap omputih kan padahal..krikk krikk. Cuma bila biasa belajar in english dan di akhirnya perlu alih bahasa dalam tulisan err awkward juga. Aku jeling kamus, kamus jeling aku..lol.

Doakan aku penuh bersemangat meneruskan penulisan report daku. Okay, acah bersemangat padahal trauma takut report direjek lecturer..haha. Walaupun dan biasa direjek tapi kali ini untuk last time rasa nak buat yang the best of the best lah kekonon. Hmm aku cuba acah positif ni.

Latihan praktikal aku? Awesome. Tidak begitu menakutkan seperti yang senior-senior katakan. Aku gain weight, at least 5kg. Tak berani naik atas penimbang takut tak boleh terima hakikat lepastu frust dua minit tiga puluh empat saat. Aku punya plan diet haruslah berguguran seperti gugurnya daun di musim hujan..haha.

Next, nak cari kerja tapi aku nak cari yang dekat sini sahaja. Belum masanya aku merantau. Sebab? Bulan puasa around the corner. Ini mungkin kali terakhir fully berpuasa di rumah keluarga tanpa ada bebanan besar. Aku nak menikmati waktu-waktu begini. Kalau kerja pun mungkin sekadar di kedai makan, kedai buku atau kedai pakaian mungkin. Tidak besar mana gajinya pun tak apa, asal aku boleh dapat pengalaman. I'll just follow the flow.

M.

No comments:

Post a Comment

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum. Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang perc...