Friday, June 12, 2015

perempuan dan angan-angan

Perempuan biasanya kuat berangan..terlalu dreamy kadang-kadang tu. Kalau kau tak termasuk dalam golongan kuat berangan, meh aku nak belanja cendol. Walaupun aku tak reti buat cendol lagi tapi demi menghargai kau sebagai seorang yang tak kuat berangan, aku sanggup belajar buat cendol, ha gitu! 

Kenapa aku kata perempuan kuat berangan? Acee usha social media, insta, twitter, facebook perempuan tak habis-habis dengan #relationshipgoal #ToFutureHusband #OMGiwantthatsobadly ok hashtag last tu aku reka sendiri. Aku meluat sebenarnya. Eh terasa jujur pula. Lewls.

Aku faham kau rasa teruja dengan paparan sesuatu gambar lalu kau tak boleh nak tahan diri kau dari meng-relationship goal setiap masa. Sesekali takpa, aku faham la ini kalau makan breakfast sesama #relationshipgoal , masak bersama  #relationshipgoal , pegi swimming dekat pool sesama #relationshipgoal , pegi kedai buku sesama #relationshipgoal , pegi candlelight dinner #relationshipgoal .. Kau rasa? Aku tunggu ja orang post pegi berak jamban sebelah menyebelah dengan #relationshipgoal . Aku nak pegi komen; OMG sis i adore you. This is soooo relationshipgoal! Bertuah you sis. *rolling eyes*

#ToFutureHusband tu haish how should i say this huh? Aku rasa macam err kalau sekali kau nak perli bakal suami kau yang kurang sense of human aku paham. Ya, sense of human; kebolehan menjadi manusia yang baik (Quote:Mira). Tapi kalau setiap saat dan ketika, pandang ada benda best sikit ja terus kau nak hastag itu..hmm. 

Aku bukan rasa kau menjengkelkan tapi aku rasa kaulah perempuan yang sentiasa mengharap pasangan kau jadi hebat,gemilang, terbilang ibarat pahlawan ulung wira angkasa dan tak menerima dia seadanya. Kalau kau rasa wahhh ini bagus untuk membentuk pasangan kau dan diri kau sendiri, why not talk to each other daripada kau mengupdate secara berjemaah di laman sosial. Kadang tu your partner doesn't even care. Haha. 

Tahu apa paling kelakar? Bila kau kemain bersemangat post itu ini dalam laman sosial kau dan nothing become reality. Nada! Depan orang boleh la kata, saja suka-suka post bukan serius pun tapi jauh di sudut hati kau memang kau berharap ada surprise cenggitu. Kan kan kan? Dah tu, tak ke panas hati kau? Dah panas hati bawa kepada merajuk tak tentu hala. Lepastu pasangan kau tertanya-tanya padiaaa la awek aku tiba-tiba angin monsun mai tanpa isyarat. Bila dia tanya kau, of course la kau tak jawab malu ah nak ngaku kau berharap si dia buat surprise kaaannnn..haha.

So, guy with girl yang sungguh dreamy silalah tabah. Nak berangan tu tak salah. Bukan kena bayar pun. Tapi know your limits please. Apa sahaja dalam dunia ini kalau dibuat secara berlebihan pasti memudaratkan. Choose your hashtag wisely.


M.

Tuesday, June 2, 2015

tamat latihan praktikal.

Assalamualaikum & Hi June!

Masuk June bermakna bye internship and hello report writing! *waive*
Aku pening dengan report yang perlu dibuat dalam bahasa melayu. Bunyi kerek sangat ibarat duk rumah cakap omputih kan padahal..krikk krikk. Cuma bila biasa belajar in english dan di akhirnya perlu alih bahasa dalam tulisan err awkward juga. Aku jeling kamus, kamus jeling aku..lol.

Doakan aku penuh bersemangat meneruskan penulisan report daku. Okay, acah bersemangat padahal trauma takut report direjek lecturer..haha. Walaupun dan biasa direjek tapi kali ini untuk last time rasa nak buat yang the best of the best lah kekonon. Hmm aku cuba acah positif ni.

Latihan praktikal aku? Awesome. Tidak begitu menakutkan seperti yang senior-senior katakan. Aku gain weight, at least 5kg. Tak berani naik atas penimbang takut tak boleh terima hakikat lepastu frust dua minit tiga puluh empat saat. Aku punya plan diet haruslah berguguran seperti gugurnya daun di musim hujan..haha.

Next, nak cari kerja tapi aku nak cari yang dekat sini sahaja. Belum masanya aku merantau. Sebab? Bulan puasa around the corner. Ini mungkin kali terakhir fully berpuasa di rumah keluarga tanpa ada bebanan besar. Aku nak menikmati waktu-waktu begini. Kalau kerja pun mungkin sekadar di kedai makan, kedai buku atau kedai pakaian mungkin. Tidak besar mana gajinya pun tak apa, asal aku boleh dapat pengalaman. I'll just follow the flow.

M.