Saturday, March 28, 2015

Hilang.

Sedar tak sedar things changed..people changed. Aku juga berubah. Kadang tu aku tak sedar pun aku berubah..tapi bila throwback tengok gambar lama zaman muda remaja pheww dah berubah aku rupanya. Walau terasa poyo tapi aku nak cakap jugak, aku tak rasa diriku ini gemok pun. Tak pernah rasa gemok walaupun emak ayah dan seluruh ahli keluarga asal jumpa aku gemoklah point pertama nak dicakapnya. Bukan nak cakap assalamualaikum..aku tanya apa khabar ke pe benda..wuwu. Tapi sebagai manusia poyo dan confident level tinggi, aku tak rasa apa-apa.

Lalu ketika aku melihat gambar throwback zaman matrik aku rasa macam eh akukah itu? Lepastu tengok latest pic erm erm apakah kau makan selama ni mira?? Ya, aku gemok. Aku rasa sungguh sado, dulu tulang ja banyak..haha. Tiap kali sedu terjadi, adik aku automatik akan cakap 'fuhh, kak akan besaq (baca:besar) lagi' tahikk jugak la adik yang sorang tu..haha. Mak ayah aku punya teori, baby kalau sedu dia akan besaq lagi, maka mungkin aku masih tergolong dalam kalangan baby lalu teori tersebut terpakai dalam kes ini. T____T

Badan ibarat belon dipam dengan jayanya walau bagaimanapun..on the bright side, kulit aku much better dari zaman remaja. Sebab jerawat dah malu nak muncul, kalau ada pun sebulan sekali bila hormon gila khinzir. Itu ja tapi still better than dulu la. Nampaknya tak sia-sia aku percaya teori aku dulu iaitu kalau masa remaja ada jerawat nanti dah tua sikit jerawat takmai dah..kakaka cemana aku boleh mencetuskan teori itu pun taktahulah. Ke aku cuba menenangkan diri sendiri dengan berkata begitu pun aku taktahulah..haha. Takkan mindset boleh control jerawat dari keluar. Kalau gitu nak mindset yang aku akan kurus dan gorgeous bila kawen nanti..haha. Puihh la gorgeous. Melugai tekak aku lepas taip perkataan itu.. XD

Oh tajuk post aku 'hilang' kan..apa yang hilang? Yep, sebahagian diri ini dah hilang. Seiring peningkatan usia memang ada yang hilang..ada benda buruk hilang, baguslah dan ada benda bagus juga hilang wuuu not good meh. Jadi jika anda remaja yang rasa terumbang-ambing sebab kawan cakap kau dah berubah terimalah seadanya. Hidup memang begitu. Cumanya jangan tersasar dari landasan sudah. Satu lagi, selain daripada percaya teori jerawat aku tu silalah berusaha menjaga kesihatan dan ketrampilan diri anda. Start take care of your own face and body babe! Usaha tangga kejayaan.

Assalamualaikum.
p/s:melugai=meloya


M.

2 comments:

  1. kahkahkah sama la, kalau lama tak jumpa family, pastu memula jumpa, mesti tegur " eh gemuk dah skrg "...hahahaha, tapi kalau kurus sikit, tak da sapa pun nak tegur, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaa so true. yang gemuk jugak nak nampak dulu kan..

      Delete