Sunday, March 29, 2015

4 Perkara perlu tahu sebelum anda mula baking.

Baking a.k.a membakar (?) bukanlah benda yang aku buat dari kecik. Memandangkan emak aku bukan baker memang tak lah dia nak ajar aku bake. Emak aku pesen tak makan manis, junkfood, fastfood dan benda alah lain yang memudaratkan kesihatan. Makanya no dessert served! Eh, kalau kuih melayu tu emak reti la jugak..tapi memandangkan aku tak pernah fully buat sendiri, aku tak share lah resepinya. Cemana aku nak cerita kalau aku sendiri tak pernah buat? Kehkehkeh..alasan.

Okay, merujuk kepada tajuk..aku nak share lah apa yang kita kena tahu sebelum kita mula baking. Aku belajar bake dari buku dan google/blog/facebook ja weh. Sebab tu kadang-kadang jadi secara magiknya dan kadangkala hado..krikk krikk ja hasilnya. Tapi takpa, orang cakap practice makes perfect.

*google*

#1 Kenali bahan yang digunakan.

Oh, mula-mula aku familiarkan diriku yang serba taktahu ni dengan bahan yang biasanya digunakan dalam dunia baking. Contohnya aku taktahu dulu self raising flour tu cemana. Memang aa translate dia tepung naik sendiri..cuma sebab newbie yang noob aku curious la..adakah kalau aku guna tepung jenis lain takkan menjadi resepi itu? Ha, aku memang suka celen (baca:challenge) sebab tu hasilnya macam-macam..haha. Setelah aku bertungkus lumus google sana sini, barulah tahu pakai tepung sauh pun boleh..tambah baking soda dengan baking powder..setel. 

Kau tahu rumah aku kat mana? Kalau barang omputih sangat, payah nak cari wei. Ke aku taktahu..hehe. Itu hari cari cream cheese macam hapa entah. Jumpa cream cheese terus rasa nak selfie lepastu khabarkan pada satu dunia..haha limited stock punya pasal. Tapi lepas bapak saya yang comel survey sana-sini makanya dah tahu mana nak cari cream cheese di masa akan datang. Tenkiu dad yang comel macam kungfu panda..kahkah.

Bahan seperti ovalette, tartar powder, brown sugar, aising sugar kena tahulah especially bila dah tertera dalam resepi yang kita nak cuba. Bila bahan tu terasa asing, buat kajian lah sikit. Kadang tu boleh ja buat walau tak ikut sebijik resepi tapi ada lah kurang sikit rasa dia kan. So, rajinkan usaha untuk membaca pasal bahan-bahan ini ye.


#2 Kenali term digunakan.

Oh ya, selain daripada mengenali bahan kena kenali term yang digunakan. Kukus, bakar, sangai, steam bath @ bain marie haa semua tu kena tahu sebab kalau nak hasil best kena ikut exactly resepi. Bukan apa, newbie ni selalu blur (aku lah tu) kadang resepi cakap A aku buat B sebab rasa macam nak koboi saja dengan harapan menjadi haha lepastu macam-macam kejadian la resultnya..haha. Tak salah mencuba baideway..tapi make sure kau tahu kat mana kau koboikan resepi itu sebab lepasni boleh adjust balik. Orang kata belajar dari kesilapan nanti tak buat benda salah dua kali.


#3 Kenali peralatan anda.

Ya, kenali mixer, oven, periuk pengukus anything la yang hang perlu guna. Macam aku, dulu tak reti adjust oven lepastu resultnya dapat arang kakakaka confident kau. Kalau nak test mula-mula tu, apa kata try buat cupcake/muffin at least kalau jadi arang pun cinonet ja..ahaha. Banyak juga peralatan nak kena beli dan belajar guna seperti measuring spoon, penimbang, spatula, penapis halus tu dan banyak lagi. Apa yang penting, usaha dulu. Dan always buat small notes tentang teknik yang hang buat. Senang, kot lah nanti hasil baking hang go wrong somewhere boleh pi rujuk kat pakar. Yang pasti pakar tu bukan aku..haha. Kalau ada small notes senang, tak pening kepala nak cari salah kat mana.

#4 Ketahui tips dan saranan dari resepi atau tanya pakar

Again..membaca dan buat sedikit kajian akan membantu anda. Sebab tiada yang mudah dalam dunia ni..gittew..haha. Tips dari resepi yang tuan punya resepi bagi sebenarnya banyak faedahnya supaya kita betul faham apa kita nak buat. Contohnya, jangan terus letak ganache atas kek semasa kek baru keluar oven a.k.a panas. Tapis puding sebelum masuk loyang ketika nak buat puding karamel sebab kalau tak, nanti tak cantik la result puding anda. Cucuk guna garfu pada kulit tart semasa baking dan banyak tips lain lagi. Rajinkanlah diri anda mencari bahan bacaan ye. :)


Oklah rasanya tu ja benda yang aku rasa penting sebelum anda nak mula baking. Harus diketahui aku share berdasarkan pengalaman sendiri dan haruslah aku bukan pakar makanya aku punya penceritaan pun tak details. Ingatlah bahawa ikhlas sahaja tak cukup dalam memasak, perlu sedap juga! Kalau baking ikhlas tapi masin gilaa ada ke manusia nak tolong makan..semut pun lari atau mungkin terkandas di tengah jalan kerana mati darah tinggi..lol.

Akhir kata, marilah belajar baking sebab hasilnya best, Kalau tak berjaya, letak mindset bahawa inilah learning process ke arah kejayaan. Wahh positifnya daku.. :P All the best!
Assalamualaikum.

M.

No comments:

Post a Comment

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum. Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang perc...