Sunday, January 18, 2015

Edisi Mudah: Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum.

Aku perasan ramai yang mencari-cari resepi dessert mudah, ini bila aku refer keyword yang membawa pembaca ke blog ini. Jadi aku akan cuba lah untuk merajinkan diri upload dessert yang aku pernah buat yakni mudah. Kalau level masterchef aherher kem salam lah nak rajin..haha. Aku pernah upload pasal Puding Karamel dulu kan tapi kali ni tanpa telur dan teknik masak yang lagi senang, takyah kukus, takyah bake. Jadi boleh scroll bawah untuk resepi ye. 

Oh ya, be extra careful bila buat karamel sebab hoihoihh sangatlah panas. Kesahnya, aku buat puding karamel sebab ada buat kenduri kecik kat rumah. Biasa bila kenduri iols incharge bab dessert ni..sebab orang lain suka makan ja buatnya taknak..cehh. Jadi ketika membuat karamel kakak aku distract aku dengan soalan apa ntah, aku punya reaksi hanyalah haaa? lepastu aku rasa panas hmm dah jatuh setitik karamel kat tangan. Lagi panas dari kena air panas T_T dan sebab blur aku lembab nau nak gi basuh dengan air sejuk..gelembung lah dapatnya. Dan terpecahkan gelembung itu dan pedih seminggu dan pening dan berparut. Banyaknya dan..haha. Jadi sila berhati-hati..jangan ralit.

First.

Resepi: Puding Karamel Tanpa Telur

Untuk karamel:-
2 sudu besar gula pasir

Untuk puding:
1 paket serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Step 1:
Untuk buat karamel, kita guna dua sudu besar gula pasir terus letak atas loyang dan panaskan atas dapur..api perlahan ye. Nanti gula dah mencair, pastikan rata kat permukaan loyang..goyangkan loyang tu sampai nampak macam rata. Stop..biar karamel tu sejuk.

  • Tak payah campur air dan tak perlu kacau gula tu. Kalau kacau nanti karamel jadi berketul-ketul.
  • Tunggu ja sampai dia tukar warna keperang-perangan. Full attention diperlukan, kalau tak terover masak jadi pahitttt.. T_T
  • Kalau rasa malas macam aku, letak ja gula memenuhi permukaan loyang, jadi tak perlu gigih sangat goyang-goyangkan loyang tu nanti..hikhok. Kesimpulan tak semestinya dua sudu besar ye.

Next, puding. Sonang yo..takpayah bake, takpayah kukus ini kali kita masak atas api ja.


Step 2:
Campur semua bahan untuk puding tu dalam satu periuk. Dan masak atas api perlahan. Aku dah lupa berapa lama maybe 15 ke 20 minit or less..aa lupa. Tapi thing is bila puding tu makin pekat, boleh dah stop masak.
  • Kena sentiasa kacau sebab kalau biar, bergentel la puding tu nanti.

Step 3:
Tapis puding tu sebelum masuk ke dalam loyang yang dah ada karamel tadi tu ha. Sebab puding akan lebih cantik. Dan kot ada yang bergentel taklah masuk dalam loyang dan menghodohkan puding anda. Tapis ye, penting. Biar sejuk dulu kat suhu bilik lepastu baru masukkan loyang tadi dalam peti ais. Dalam 4 jam selalu dah ready untuk dimakan.


Next, tunggu puding sejuk lepastu apo laei, makan lah..lol. 


Sumber: Internet. Tak ingat sama ada dari buku resepi kat facebook atau belog. Dah lama oih. Yang penting sedap dan simple. Terima kasih tuan punya resepi. :)

Mira.

No comments:

Post a Comment

Percaya pada rezeki tapi..

Assalamualaikum. Sebagai manusia ni, kita kena percaya pada rezeki tapi..janganlah pulak malas berusaha. Contoh paling mudah, hang perc...